View: 116|Reply: 0
|
Tak boleh dedah pelaku sihir
[Copy link]
|
|
Islam larang buat tuduhan apatah lagi tanpa bukti ALHAMDULILLAH. Kita baru saja menyambut kedatangan tahun baru 2012 dan semoga azam serta perancangan direncanakan sepanjang tahun ini dapat dilaksanakan sebaik supaya tidak tinggal sekadar azam apabila 2012 melabuhkan tirai. Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah tidak ketinggalan merancang penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat. Semoga usaha gigih kami mampu memberi manfaat serta kebaikan kepada semua.\rMemartabatkan al-Quran serta ilmu terkandung di dalamnya terus menjadi matlamat perjuangan pusat rawatan ini dan syukur kerana usaha disokong umat Islam ini sedikit sebanyak meningkatkan jumlah celik al-Quran serta mereka yang semakin akrab dengan wahyu Allah.\r\n\n\n\n\rTidak dinafikan, berdasarkan laporan semasa, masih ada yang cenderung kepada ilmu bertentangan syariat Islam yang jelas hanya menjurus umat Islam kepada kemusnahan serta kemurkaan Allah. Justeru, sebaiknya sikap itu diubah supaya kita tidak terus tersasar daripada landasan kebenaran. Pengalaman berdepan mereka yang mengamalkan ilmu pelik kerana inginkan kuasa atau mendapat apa dihajati; ada yang menjadi gila dan fikiran tidak betul. Ia gara-gara salah menuntut ilmu yang biasanya dikaitkan dengan makhluk halus.\r\r\n\n\n\n\nIlmu yang menyimpang daripada Islam boleh mendatangkan kesan buruk khususnya terhadap iktikad atau keimanan kepada Allah. Selebihnya, ia memberi kesan negatif dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Contohnya, dalam sesetengah kes sihir, ada pihak yang menerima rawatan dimaklumkan siapakah kononnya menganiaya mereka sehingga melahirkan perasaan marah, tidak puas hati serta dendam.\rAkibatnya, hubungan sesama manusia tercalar atau benci terus menebal walaupun tiada bukti orang itu menganiaya kita. Hanya kerana dimaklumkan pihak tertentu, kita terus dipengaruhi dengan kepercayaan itu. Bagaimana jika dakwaan itu salah. Pastinya pihak dituduh yang tidak tahu hujung pangkal berasa hairan dan kita yang menuduh pula terus dibayangi rasa marah. Kesempatan ini memudahkan syaitan yang berjanji menyesatkan manusia meneruskan usahanya.\rDalam etika perubatan Islam, salah bagi pengamal mendedahkan pihak tertentu sebagai orang yang melakukan sihir. Sebagai manusia serba kekurangan kita tiada kemampuan yang membenarkan menuding jari terhadap pihak lain lebih-lebih lagi tanpa bukti kukuh.\rSaya sering ingatkan mereka yang mendapatkan rawatan bahawa ujian Allah ada sebab musababnya dan inilah masa untuk kita bermuhasabah. Mungkin Allah mahu menguji sejauh mana keimanan kepada-Nya, itu tanda kasih Allah yang mahu kita terus meningkatkan tahap keimanan.\r\n\n\n\rTidak mustahil juga ujian itu akibat sikap lalai dan bagi menyedarkan kita, Allah menimpakan dugaan sesuai dengan kemampuan kita. Jika benar ujian itu disebabkan perbuatan pihak lain, ia ujian untuk kita dan pihak satu lagi atas sebab yang hanya Allah mengetahuinya. Sebagai hamba yang yakin dengan kasih sayang Allah, setiap kesenangan dan kesusahan perlu dihadapi dengan ikhlas dan jangan berputus asa berdoa semoga ujian itu ditarik balik. Usaha, doa dan tawakal menjadi senjata kita semua.\rKita tidak boleh menyangkal wujudnya usaha generasi dulu mempelajari pelbagai ilmu dengan tujuan tertentu sebagai pendinding menjaga keselamatan diri. Itu bukan sesuatu yang perlu kita halalkan kerana kebanyakan caranya menyalahi syarak. Sepatutnya antara kita dengan Yang Maha Berkuasa tidak perlu perantara.\rOleh itu, setiap apa dibuat hendaklah selari dengan ikrar kita kerana mencari reda Allah dan menyerahkan segalanya kepada kekuasaan Allah. Andai, ada keluarga mengamalkan ajaran menyalahi hukum agama, kita bantu kembali kepada ajaran Islam sebenar.\rAmir meriwayatkan daripada Masruq bahawa Aisyah berkata maksudnya: “Sudah bercerita Rasulullah SAW dengan isterinya sebuah cerita pada suatu malam. Lantas seorang isteri Baginda berkata: “Wahai Rasulullah! Cerita itu cerita khurafat. Rasulullah bertanya: Tahukah kamu apa itu khurafat? Seterusnya Baginda bersabda: Sesungguhnya Khurafat adalah seorang lelaki suku ‘Uzrah sudah disembunyikan makhluk jin pada zaman jahiliah. Maka dia hidup bersama mereka dalam satu tempoh yang lama. Kemudian lelaki itu kembali kepada kaumnya, beliau menceritakan pelbagai peristiwa dan kejadian aneh dan menakjubkan yang pernah disaksikan dan dialami ketika bersama kelompok jin itu. (Mendengar cerita itu), orang ramai berkata: Ini adalah cerita khurafat.” (Hadis riwayat Ahmad)\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|