|
nasihat cinta dari yang belum pernah bercinta
[Copy link]
|
|
Jadi kesimpulannya, carilah cinta pada makhluk ( CINTA YANG BAHARU) yang muleh menjadi asbab kepada ...
tarabas1976 Post at 10-1-2012 11:29
terbaik penerangan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 159# tarabas1976
subahanallah, bro kau punya penjelasan tentang cinta sangat cantik. betul2 menerangkan tentang makna cinta sebenar. hujung2 dari makna cinta adalah kembali kepada pencipta juga. jadi jika 'cinta' itu menjauhkan kau dari pencipta (dalam erti kata cinta yang tidak berlandaskan agama), buat ape kau bercinta? ALLAH pun tak redha. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 162# unhas
Cinta yang muleh menjauhkan dari Pencipta.
Kisah seumpama ini ada diceritakan dalam kisah antara Saidina Ibrahim a.s. dan anaknya Saidina Ismail a.s. Selepas Saidina Ismail a.s. berkahwin Nabi Ibrahim pun datang melawat dengan cara memperkenalkan dirinya sebagai seorang tua. Ketika sampai ke rumah anaknya, anaknya pada ketika itu keluar mencari kayu api dan yang tinggal hanya menantunya (tetapi menantunya tidak mengenali bahawa itu adalah Saidina Ibrahim a.s). Nabi Ibrahim pun bertanyakan bagaimana kehidupan mereka suami isteri. Sang isteri pun mengomel dan mengeluh akan kehidupan mereka memandangkan suaminya hanya bekerja mencari kayu api pada ketika itu. So, nabi Ibrahim pesan, kalo suaminya balik suruh suaminya tukar pintu baru pada rumah ni. Sang isteri yang kehairanan pun menyampaikan pesanannya kepada suaminya Saidina Ismail a.s lalu suaminya berkata "Orang tua yang engkau temui itu adalah ayahku, dan maksud menukarkan pintu pada rumah ini adalah engkau harus aku ceraikan'.
Setelah berkahwin kali keduanya, Nabi Ibrahim a.s melakukan perkara yang sama dan kali ini sang isteri menceritakan "Kehidupan kami sangat bahagia dan suamiku pergi bekerja untuk menyara kami serta aku bersyukur dengan apa yang aku miliki" Lebih kurang cenggitulah dialognya. Saidina Ibrahim a.s. berpesan keapda menantunya, nanti apabila suamimu pulang suruh dia kekalkan dan jaga pintu rumah ini baik-baik. Apabila suaminya pulang sang siteri menceritakan kepada suaminya dan suaminya berkata "Orang tua yang engkau temui itu adalah ayahku Saidina Ibrahim a.s.Dan maksud kekalkan dan jaga pintu rumah ini baik-baik, maksudnya engkau harus aku jaga sebaik-baiknya sebagai isteri"
Sambung plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 163# tarabas1976
Daripada 2 kisah di atas, mengapa Saidina Ibrahim a.s menyuruh anaknya menceraikan yang pertama dan kekal bersama yang kedua kerana yang isteri yang pertama tidak sanggup menempuh susah senang bersama. kalaulah sewaktu sihat sudah mengomel dan mengeluh, bagaimana jika ditakdirkan di hujung kehidupan seperti ujian pada Nabi Ayub a.s?
Kita melalui kehidupan ini adalah umpama seorang pelaut yang mengemudi kapal dari hulu sungai dan ingin menuju ke lautan samudera yang luas. Sebelum sampai ke samudera laut ia singgah di mana-mana pelabuhan sambil menunggu dan melihat-lihat jika ada yang sudi untuk bersama .............bersama-sama susah dan senang menghadapi badai lautan samudera. Boleh jadi, ia akn kecewa beberapa kali kerana tiada siapa yang sudi menumpang kapalnya yang kecil dan tak seberapa sebelum berjumpa dengan seseorang yang sanggup menerima kapal dan juragan itu seadanya.Yang penting di sinil adalah pelayaran itu sendiri dan tempat tujuan itu adalah matlamat utama. Jika tiada yang ingin menumpang move on, teruskan belayar menuju ke pelabuhan seterusnya sehingga sampai ke tempat tuju. Insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 164# tarabas1976
betul tu bro. cinta itu hadir dengan pengorbanan. tanpa pengorbanan jangan mengaku kita mencintai orang itu. kebanyakan kita cuma melihat cinta sebagai seronok je. tapi definisi cinta itu datang setelah ada ikatan antara kita dan orang yang kita cinta itu. boleh tak hadapi susah dan senag bersama. kalau boleh baru betul itu namanya cinta.sebab tu sekarang kes penceraian bertambah banyak. dalam radio ikim aku dengar setiap 15 minit ada satu penceraian. semua tu sebab ape? sebab tertipu dengan cinta. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tarabas1976 at 10-1-2012 16:44
Reply tarabas1976
betul tu bro. cinta itu hadir dengan pengorbanan. tanpa pengorbanan jangan meng ...
unhas Post at 10-1-2012 16:21
Cam ajinomotosuga cakap larrr, beza cinta dulu dengan sekarang nih besar bangat bezanya.
Orang sekarang, nak rumah complete dengan segala kemewahan supaya kununnya bila balik bekerja tengok rumah yang dilimpahi segala macam kemewahan , akan tersa cam dok dalam syurga. Walaupun beli perabot lam rumah terpaksa ngan cara berhutang.
Orang dedulu plak, walaupun rumah cuma pondok kecil, pi keje jalan kaki tapi bila balik rumah tengok anak isteri terus hilang penat dan rasa cam dok dalam syurga, bergurau senda dengan anak isteri.
Orang dulu-dulu, pergaulan tempat keje dibataskan, terutamanya yang berlainan jantina. Supaya bila balik boleh bergurau senda dengan pasangan masing-masing. Dan bila balik keje rasa tak sabar nak sampai ke rumah untuk bergurau senda.
Orang zaman sekarang plak, bergurau dengan dengan kawan sekerja yang berlainan jantina sampai bertepuk tampar. Bila balik rumah, hanyalah semata-mata untuk berehat.Dan tak sabar nak balik umah lepas keje pasai badan terlalu penat dan nak berehat.Sebab itu Islam membataskan pergaulan yang bukan muhrim.
Jadik, kalo difikirkan balik, kebanyakan perkahwinan/percintaan zaman sekarang, kat mana syurganya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply tarabas1976
betul tu bro. cinta itu hadir dengan pengorbanan. tanpa pengorbanan jangan meng ...
unhas Post at 10-1-2012 16:21
Cam ajinomotosuga cakap larrr, beza cinta dulu dengan sekarang nih besar bangat bezanya.
Orang sekarang, nak rumah complete dengan segala kemewahan supaya kununnya bila balik bekerja tengok rumah yang dilimpahi segala macam kemewahan , akan tersa cam dok dalam syurga. Walaupun beli perabot lam rumah terpaksa ngan cara berhutang.
Orang dedulu plak, walaupun rumah cuma pondik kecil, pi keje jalan kaki tapi bila balik rumah tengok anak isteri terus hilang penat dan rasa cam dok dalam syurga, bergurau senda dengan anak isteri.
Orang dulu-dulu, pergaulan tempat keje dibataskan, terutamanya yang berlainan jantina. Supaya bila balik boleh bergurau senda dengan pasangan masing-masing. Dan bila balik keje rasa tak sabar nak sampai ke rumah untuk bergurau senda.
Orang zaman sekarang plak, bergurau dengan dengan kawan sekerja yang berlainan jantina sampai bertepuk tampar. Bila balik rumah, hanyalah semata-mata untuk berehat.Dan tak sabar nak balik umah lepas keje pasai badan terlalu penat dan nak berehat.Sebab itu Islam membataskan pergaulan yang bukan muhrim.
Jadik, kalo difikirkan balik, kebanyakan perkahwinan/percintaan zaman sekarang, kat mana syurganya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 167# tarabas1976
itu kena tepuk dada tanya iman. kadang2 benda yang tak betul pun boleh nampak baik sebab ada bisikan syaitan.jadi kena hati2. memang betul syurga dan neraka tu cuma ALLAH yang tentukan. tapi dalam islam itu ada batas2 yang ditetapkan. kalau nak ke syurga kena ikut peraturan. begitu juga dalam hubungan antara laki dan perempuan. kena ada batasan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|