CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Dunia Buku: Jiwa Seorang Negarawan

[Copy link]
Post time 6-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dari lingkungan rahsia birokratik kepada kemasyhuran dunia korporatJIWA Seorang Negarawan: Biografi Tun Azizan Zainul Abidin karya Azam Aris menguak sejarah penting negara lewat tokoh yang mencatat pengalaman daripada birokrat pintar tetapi terselindung kepada korporat bervisi yang mencuri tumpuan.\n\n\n\nBiografi terjemahan daripada bahasa Inggeris dengan judul asal, The Quintessential Man - The Story of Tan Sri Azizan oleh Dr Noor Ida Ramli ini, menyorot Azizan dalam empat zaman yang turut merakam detik penting dan tersendiri perjalanan negara dalam mengisi kemerdekaan.\n\n\n\n\nDaripada zaman remaja di Penang Free School dan Universiti Malaya (UM) di Singapura, Azizan tumbuh daripada keluarga miskin, tersurat sebagai anak yatim dan berperwatakan gemar menyendiri di tengah latar negara yang berada dalam pergelutan kemerdekaan.Zaman remaja Azizan disorot oleh rakan sepersekolahan dan seuniversiti, iaitu bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Nasruddin Bahari; bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar; bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Omar Hashim dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Awam, Yusuf Rahim, selain anak saudaranya, Tan Sri Rahim Din.Sorotan inilah menjadikan gaya penulisan biografi pada peringkat awal agak santai tetapi berjaya merakam gelodak bangsa dan negara yang menjadi latar perjalanan hidup Azizan, berbanding catatan selepas beliau memupuk dan meningkat kerjayanya dalam kerajaan dan korporat.Ini kerana Azizan menduduki jawatan penting dan sulit apabila terbabit dalam unit perisikan, Malaysian External Intelligence Organisation (MI10) dan turut menguruskan tragedi 13 Mei 1969 melalui pembabitannya dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).\n\n\nApatah lagi Azizan kemudian diberikan tanggungjawab dan kepercayaan besar menjadi Ketua Setiausaha Sulit kepada tiga Perdana Menteri, iaitu Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali gus menjadikan kisah hidupnya banyak tersimpan kemas dalam fail bercap SULIT dan RAHSIA.Namun, sebahagian fragmen kehidupan Azizan yang ‘hilang’ itu diimbangkan dengan rakaman hidupnya yang peribadi sebagai suami dan bapa lewat pandangan redup isterinya, Puan Sri Noor Ainee Che Teh serta tiga anaknya, Amir Hamzah, Datin Norizan, dan Ikhwan Hamzah.Dengan pengalaman berharga dan persekitaran tidak ternilai, biografi ini mungkin menjadi buku yang sangat kontroversi seandainya ditulis oleh tokoh itu sendiri yang mendedahkan sejarah sulit dan rahsia atau sekiranya kita berada di dunia Barat.Bagaimanapun, kita bukan saja berada di dunia Timur, bahkan Azizan sendiri bukanlah watak oportunis, sebaliknya kesetiaan dan kebijaksanaannya menyebabkan sebahagian besar kisah hidupnya tidak akan dapat kita baca sekurang-kurangnya sehingga fail sulit dan rahsia itu diturunkan tarafnya.Justeru, kita terpaksa berpuas hati dengan sorotan biografinya lewat wawancara pengarang dengan bekas Perdana Menteri, iaitu Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta tokoh yang sama-sama bergelut dalam persekitaran sulit itu seperti bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.Dengan pengalaman itu juga, tidak hairanlah peralihan hidup Azizan daripada birokrat kepada korporat apabila diumumkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS pada 7 Januari 1988 menimbulkan tanda tanya pada masyarakat umum termasuk media.Bagaimanapun, sorotan Azizan dalam dunia korporat sangat sarat dengan fakta sehingga ada kalanya seolah-olah membaca sejarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) kerana pengarang turut memuatkan detik penubuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan usaha membangun dan melebarkan sayapnya.Ini dapat difahami kerana sumber rujukan tidak lagi dengan wawancara tokoh di sekitar Azizan, sebaliknya turut memetik Nada PETRONAS dan laporan tahunannya serta Business Times, sekali gus mungkin memperlahankan tempo pembacaan.Mungkin juga latar belakang pengarangnya sebagai bekas wartawan ekonomi dan pengarang akhbar perniagaan memberikan kesan kepada langgam penulisan sehingga sesekali seperti membaca rencana ekonomi yang menuntut tumpuan yang bukan sedikit.Begitu juga suntingan yang kurang kemas juga agak mengganggu pembacaan, selain beberapa pengulangan dan perincian fakta yang boleh diperhalusi supaya temponya lebih lancar serta sesuai untuk pembaca yang bukan berlatarbelakangkan ekonomi.Bagaimanapun, kelemahan itu sangat kecil untuk menafikan kedudukan buku setebal 448 halaman terbitan Crestime Holdings Sdn Bhd berharga RM60 ini sebagai biografi penting bukan saja dalam konteks ketokohan, bahkan juga kenegaraan dalam ruang lingkup pembangunan dan patriotisme.Bekas wartawan, pengarang ekonomiAZAM Aris berkelulusan Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM),  menceburi bidang kewartawanan pada 1985 sebagai pemberita di Business Times.Di The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), beliau membina rentak kewartawanannya daripada wartawan, specialist writer dan penolong pengarang berita.Selepas sembilan tahun di NSTP, Azam mengubah haluan kerjaya dengan mempelopori akhbar mingguan perniagaan dan ekonomi, The Edge pada 1994, sekali gus menjawat sebagai Pengarang Eksekutifnya.Berlatarbelakangkan wartawan ekonomi dan memiliki pengetahuan yang mendalam dalam industri minyak dan gas, Azam adalah pengarang yang tepat untuk merakam biografi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tun Azizan Zainul Abidin lewat The Quintessential Man - The Story of Tan Sri Azizan pada 2008.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.100060 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list