View: 4000|Reply: 6
|
Kesan Tsunami Terhadap Kemusnahan Bongkah Ais
[Copy link]
|
|
Tsunami Jepun Memecahkan Bongkah Ais di Antartika
Tsunami di Jepun Mac tahun lalu telah memecahkan sebahagian ais di Antartika. Pecahan ais dianggarkan berukuran dua kali ganda saiz Bandaraya Manhattan, Amerika Syarikat.
Kumpulan penyelidik dari NASA berjaya mengesan ombak Tsunami Jepun yang bergerak sejauh 13,6000 kilometer. Ombak tersebut tiba ke Kutub Selatan selepas 18 jam ombak Tsunami melanda Jepun. Pergorakan gelombang yang tinggi puratanya hanya 30 sentimeter sepanjang pergerakan itu membuatkan kepingan gergasi ais yang berasal dari bongkahan ais Sulzberger terpisah. Penemuan ini didedahkan kepada umum pada bulan Ogos tahun lalu.
Selain gelombang Tsunami, ais di antartika juga dikatakan mempunyi kaitan dengan ativiti seismik iaitu gelombang yang terhasil ketika berlakunya gempa. Sewaktu gempa dan Tsunami terjadi, getaran yang timbul cukup untuk menghasilkan retakan pada ais di antartika.
Menurut catatan sejarah, ais Sulzberger belum pernah beranjak dari tempat asalnya sejak 46 tahun yang lalu. Ia mula dikesan selepas Tsunami jepun melanda. Kelly Brunt seorang pakar geologi, menjelaskan “pada masa lampau sudah berlaku kejadian yang serupa, namun kami masih belum dapat mengesan sumbernya. Sekarang kami kami boleh membuat kesimpulan awal bahawa kejadian gempa bumi dan Tsunami jepun adalah salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah yang menjadi penyebab pemecahan bongkah ais ini" ujar beliau.
Selepas tsunami terjadi, Brunt yang dibantu oleh Emile Okal dari Northwestern University dan Douglas Macayeal dari University of Chicago terus mengkaji pemecahan ais yang bergerak ke laut menggunakan bantuan satelit. Setelah melihat lebih dekat dengan bantuan radar European Space Agency Satellite (ENVISAT), mereka menemui dua bongkah ais gergasi bersaiz kira-kira bandaraya Manhattan.
Menurut mereka, kejadian ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa peristiwa yang berlaku di setiap penjuru bumi berhubung antara satu sama lain walaupun dengan jarak yang sangat jauh. Keadaan ini menjelaskan bagamana sebuah sistem yang sebelum ini dikatakan tiada kena mengena antara satu sama-lain rupa-rupanya mempunyai hubungan rapat dan saling berkait.
Sumber dan diubahsuai : MajalahSains |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurut mereka, kejadian ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa peristiwa yang berlaku di setiap penjuru bumi berhubung antara satu sama lain walaupun dengan jarak yang sangat jauh. Keadaan ini menjelaskan bagamana sebuah sistem yang sebelum ini dikatakan tiada kena mengena antara satu sama-lain rupa-rupanya mempunyai hubungan rapat dan saling berkait.
Kumpulan penyelidik dari NASA berjaya mengesan ombak Tsunami Jepun yang bergerak sejauh 13,6000 kilometer. Ombak tersebut tiba ke Kutub Selatan selepas 18 jam ombak Tsunami melanda Jepun. Pergorakan gelombang yang tinggi puratanya hanya 30 sentimeter sepanjang pergerakan itu membuatkan kepingan gergasi ais yang berasal dari bongkahan ais Sulzberger terpisah. Penemuan ini didedahkan kepada umum pada bulan Ogos tahun lalu.
dasyatnye.. smpai bongkah ais besau pon blh terpisah... |
|
|
|
|
|
|
|
kagum.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah ais itu bergerak ke kwsn yg panas kmudian cair? dan paras air laut pun meningkat..... hurm........ |
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah ais itu bergerak ke kwsn yg panas kmudian cair? dan paras air laut pun meningkat..... hur ...
applejahat Post at 13-1-2012 15:54
ya.. lgpon air laut mmg sedang meningkat pon skrg ni... dan akan terus meningkat..
credit to NSIDC |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ini berlaku krn kitaran semulajadi alam di'rosak'kan.
- Kitaran proses 'hujan' diterencatkan dgn pencemaran udara.
- atmosfera mengurangkan kebolehbentukan awan
- Sumber air hujan dicemari
- Taburan hujan berkurangan
- Kepanasan tambah melampau
- ditambah lg dgn proses desalination kpd air laut utk 'fresh water'
- salinaty air laut tertepu
- takungan dasar air laut semakin sejuk
- pergerakan air laut menjauhi kutub²
Bencana² hasil kerakusan manusia... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|