|
LOS ANGELES: Identiti mayat seorang lelaki yang putus kepala, tangan dan kaki ditemui di kaki bukit berdekatan papan tanda terkenal Hollywood bertentangan kota Los Angeles dikenal pasti pejabat koroner kelmarin sebagai Hervey Coronado Medellin.\rDetektif masih menyoal siasat saksi dan mereka yang disyaki dalam kes pelik ini, kata Leftenan Andrew Neiman dari Jabatan Polis Los Angeles. \r\n\n\n\n\r Tetapi maklumat terlalu sedikit yang didedahkan kerana polis meletakkan ia sebagai kes keselamatan, kata pejabat koroner.\r\r\n\n\n\n\n Pengawal peribadi aktor Brad Pitt, adalah antara saksi yang ditemuramah tetapi tidak dianggap sebagai saksi, kata Komander Andrew Smith. \rSeorang ibu dan anak perempuannya yang sedang berjalan bersama anjing mereka di kawasan rekreasi popular menemui mayat yang putus kepala awal minggu ini dan penyiasatan dijalankan serta membawa kepada penemuan tangan dan kaki. \rSetakat ini, penyiasat masih belum mengetahui bagaimana Medellin, 66, menemui ajal dan mengapa mayatnya dikerat selain maklumat lain mengenai kehidupannya. \rPolis berkata, penyiasatan mereka menyebabkan kawasan hampir 2,520 hektar Taman Griffith, di tengah Los Angeles ditutup untuk membantu mereka mencari petunjuk atau saksi sebelum ia dibuka semula kelmarin. \r\n\n\n\rKes sensasi itu bermula Selasa lalu apabila dua beranak itu terjumpa dengan kepala dalam beg plastik dan melaporkannya kepada pengawal taman itu. \rTangan dijumpai sehari selepas itu di kawasan sama, oleh anjing polis dan selebihnya oleh penyiasat jenayah. \rPada Rabu, penyiasat koroner menemui kaki bersama-sama di kawasan sama. Neiman berkata mengikut teori penyiasat kepala, tangan dan kaki disembunyikan bersama dalam taman dan kemudian haiwan menyepahkan anggota badan itu. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|