CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 215|Reply: 0

Hanaa gadis Islam pertama model Lancome

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Wanita Tunisia bangga keturunan, mahu ubah persepsi masyarakat\rTUNIS: Seorang gadis dari Tunisia menjadi model wanita Islam pertama menghiasi kosmetik wajah Lancome, lapor akhbar United Kingdom, Daily Mail.\r\n\n\n\n\rHanaa Ben Abdesslem akan muncul dalam kempen baru syarikat kosmetik itu untuk bedak asas Teint Idole Ultra 24h.\r\r\n\n\n\n\nModel berusia 22 tahun itu membuat kemunculan di atas pentas peragaan tahun lalu dan sejak itu menjadi model untuk Ralph Lauren, Oscar de la Renta dan Givenchy, memberitahu majalah New York.\r“Menjadi model boleh jadi satu pilihan kerjaya juga. Saya bercadang untuk menukar salah faham ini dalam budaya saya. Saya bertemu seorang wanita Arab, Sophie Galal, yang berkongsi pandangan dan idea saya bagi menukar dan mendedahkan cabaran sebenar kerjaya model untuk dunia Arab.\r“Beliau tidak lama kemudian menjadi pengurus saya dan memperkenalkan saya kepada IMG,” katanya.\rKetika Hanaa berharap untuk mengubah keadaan, dia masih berbangga dengan asal usulnya.\r\n\n\n\rDalam satu temuramah, dia berkata: “Negara saya kaya dalam sejarah dan tradisi. Ia adalah budaya yang dipengaruhi dan dibentuk hasil kejayaan ketamadunan yang termasuk masyarakat Berber, Phoenician, Roman, Fatimid, Arab dan Uthmaniyah.” saya membesar dikelilingi semua pengaruh. Saya berbangga menjadi sebahagian budaya itu.”\rDaily Mail melaporkan bahawa langkah Lancome memperkenalkan seorang model Afrika Utara adalah sebahagian aliran lebih besar industri fesyen untuk memupuk kepelbagaian dalam bidang itu.\r“Warisan ideal saya di Ford akan membuka idea mengenai kecantikan, bukan hanya klasik namun global,” kata ketua jabatan wanita Ford Paul Rowland, kepada akhbar New York Times.\r“Saya mahu mencari gadis di Mesir atau Sri Lanka atau India, semua tempat di mana masyarakat tidak pandang.” – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038916 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list