|
Elak jadi mangsa serangan seksual\rJAKARTA: Polis menasihatkan wanita supaya membawa peralatan perlindungan seperti penyembur lada dan senjata kejutan elektrik berikutan siri serangan seksual terhadap golongan itu yang berjalan bersendirian atau ketika menunggu van mini di ibu kota Indonesia.\r\n\n\n\n\rJurucakap Polis Jakarta, Pesuruhjaya Kanan Rikwanto, berkata penyembur lada dan senjata kejutan elektrik adalah peralatan berkesan untuk menghalang jenayah jalanan. Kenyataan itu dipersetujui Menteri Memperkasakan Wanita, Linda Agum Gumelar.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, Linda berkata, perkara paling penting ialah masyarakat perlu lebih bertanggungjawab dan membantu melindungi antara satu sama lain.\rLelaki perlu menghormati wanita dan tidak menganggap mereka sebagai objek seks, katanya. Linda turut menolak dakwaan sebilangan mangsa dirogol kerana berpakaian menjolok mata.\r“Saya bertemu dengan dua mangsa rogol dan mereka tidak berpakaian menggoda. Jangan salahkan wanita seolah-olah mereka menggoda dan tertarik kepada lelaki,” katanya.\rDalam serangan terbaru, seorang remaja melaporkan dia dipukul sehingga pengsan dan dirogol ketika menunggu pengangkutan awam Jumaat lalu.\r\n\n\n\rPenuntut kolej berusia 18 tahun itu memberitahu polis serangan berlaku jam 9.00 malam di Jakarta Selatan. –Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|