View: 207|Reply: 0
|
Costa Concordia perlu 10 bulan untuk dipindah
[Copy link]
|
|
TUSCANY: Operasi memindahkan kapal persiaran mewah Costa Concorida yang karam 13 Januari lalu mungkin mengambil masa sehingga 10 bulan, kata pegawai penyelamat Itali.\rKapal seberat 114,500 tan itu melanggar batu di perairan Giglio dan karam dengan lebih 4,200 penumpang di dalamnya tetapi ramai yang dapat menyelamatkan diri.\r\n\n\n\n\rBilangan yang maut dalam tragedi itu meningkat kepada 17 orang dengan 15 lagi masih hilang. Cuaca buruk menyukarkan usaha mencari dan operasi mengepam minyak.\r\r\n\n\n\n\nSyarikat dari Belanda, Smit, mula memindahkan lebih 2,300 tan minyak Jumaat lalu tetapi berkata ia berharap dapat memulakan kerja minggu lalu, di tengah kebimbangan minyak mungkin bocor dan merosakkan persisiran pantai.\rKetua agensi perlindungan sivil Itali, Franco Gabrielli, berkata matlamat utama misi itu ialah mencari mangsa yang mungkin selamat.\r“Kini kami cuma ada satu matlamat besar, iaitu tidak mahu melihat ia menjadi bencana alam sekitar pula,” katanya.\rGabrielli berkata, ia mungkin mengambil masa sehingga dua bulan bagi syarikat penyelamat untuk bertindak kepada panggilan daripada pemilik kapal berkenaan, Costa Corciere.\r\n\n\n\r“Mengambil kira cuaca dan keadaan laut, ia mungkin mengambil masa tujuh sehingga 10 bulan memindahkan bangkai kapal itu. Kami tahu ia mengambil masa panjang tetapi saya rasa ia penting semua orang sedar rangka masa jam itu yang amat penting,” katanya kepada agensi berita ANSA.\rPakar yang memantau kestabilan kapal itu di atas batu berkata ia berubah 3.5 sentimeter malam kelmarin kerana angin kencang dan ombak kuat. Ia memaksa penyelam menamatkan pencarian mereka pagi kelmarin kerana bimbangkan keselamatan.\rBagaimanapun, Gabrielli berkata usaha mencari penumpang dan krew yang masih hilang akan disambung segera bagi mengembalikan mayat mereka kepada keluarga masing-masing.\rKapten Costa Concordia, Francesco Schettino, dikenakan tahanan dalam rumah di kampungnya berhampiran Naples ketika tindakannya meninggalkan kapal itu masih disiasat.\rDia dituduh membunuh tanpa niat dan meninggalkan kapal sebelum semua penumpang dipindahkan. Schettino menafikan semua dakwaan. –Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|