CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 117|Reply: 0

Syarikat tempatan terus diyakini

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TAHAP kepercayaan penduduk Malaysia terhadap kredibiliti dan ketelusan syarikat tempatan menjalankan perniagaan berada pada paras tinggi iaitu 65 peratus, melepasi purata global hanya pada 53 peratus.\rDi bawah kaji selidik Barometer Kepercayaan dijalankan firma perhubungan awam terbesar dunia, Edelman, Malaysia berada di kalangan 10 negara di mana rakyatnya meletakkan kepercayaan tinggi terhadap sistem perniagaan dijalankan syarikat tempatan.\r\n\n\n\n\rKaji selidik itu mendapati, lima sektor yang paling dipercayai penduduk Malaysia ialah teknologi (85 peratus), telekomunikasi (81 peratus), perkhidmatan kewangan (77 peratus), dan automotif serta makanan dan minuman (masing-masing 75 peratus).\r\r\n\n\n\n\nPengarah Urusan Edelman Malaysia, Raymond Siva, berkata penduduk Malaysia meletakkan keyakinan tinggi terhadap keupayaan syarikat tempatan berikutan persekitaran perniagaan dalam negara yang memberangsangkan sepanjang tahun lalu.\r“Kami mendapati ia berpunca daripada momentum pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), keyakinan pelabur semasa acara Invest Malaysia 2011, kenaikan tertinggi indeks penanda aras di Bursa Malaysia pada suku ketiga serta pembentangan Bajet 2012 yang menyokong pertumbuhan perniagaan,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik Barometer Kepercayaan Edelman 2012 di Kuala Lumpur, semalam.\rIni kali pertama kaji selidik berkenaan menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang dikaji.\rBarometer Kepercayaan Edelman 2012 adalah kaji selidik kredibiliti dan kepercayaan tahunan ke-12 dijalankan oleh firma itu.\r\n\n\n\rIa bermatlamat menyediakan pandangan bebas yang mustahak kepada syarikat untuk membina kepercayaan serta reputasi korporat.\rPada peringkat global, kaji selidik dalam talian di 25 negara itu menggunakan sampel 25,000 membabitkan orang awam berusia 18 tahun ke atas dan 5,600 lagi responden terdiri daripada 25 peratus kumpulan berpendapatan tinggi.\rDi Malaysia, ia membabitkan 1,000 responden terdiri daripada orang awam manakala 250 lagi responden daripada kumpulan berpendapatan tertinggi.\rPresiden dan Ketua Eksekutif Edelman Asia Pasifik, David Brain, berkata dibandingkan di peringkat global, sektor perkhidmatan kewangan di negara ini mencatatkan hasil kaji selidik yang sangat baik di tengah persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan di seluruh dunia ketika ini.\r“Sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan di seluruh dunia mencatatkan penurunan dari segi kepercayaan awam dengan Perancis, Sepanyol, Brazil, Jepun dan Korea Selatan merekodkan kemerosotan terbesar disebabkan oleh krisis di zon euro yang masih berpanjangan.\r“Teknologi kekal sektor paling dipercayai di dunia,” katanya.\rBeliau menambah, meskipun tahap kepercayaan awam terhadap kredibiliti syarikat tempatan adalah tinggi, 54 peratus responden percaya kerajaan perlu melakukan usaha lebih banyak untuk memudah cara perniagaan.\r“Ini termasuk melindungi mereka daripada amalan perniagaan yang tidak bertanggungjawab serta memastikan sikap korporat yang bertanggungjawab,” katanya.\rKaji selidik itu juga mendapati, tahap keyakinan penduduk Malaysia terhadap kredibiliti kerajaan berada pada paras sederhana iaitu 52 peratus, namun ia masih jauh lebih tinggi daripada paras purata global iaitu 43 peratus.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053108 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list