CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 0

Anak Gaddafi tawar selesai kes Seif al-Islam

[Copy link]
Post time 2-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
THE HAGUE: Anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha, menawarkan untuk membantu hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam kes terhadap abangnya, Seif al-Islam.\rICC menuduh Seif melakukan jenayah kemanusiaan atas dakwaan terbabit dalam tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan anti Gaddafi awal tahun lalu sebelum bapanya yang memerintah 42 tahun, ditahan dan ditembak mati.\r\n\n\n\n\rPada masa sama, ICC belum menerima Seif yang masih ditahan di Libya sejak ditangkap penentang bapanya di satu kawasan padang pasir pada November lalu.\r\r\n\n\n\n\nPemerintah baru Libya berkata, mereka mahu membicarakan anak lelaki Gaddafi itu tetapi perlu meyakinkan ICC bahawa dia akan mendapat perbicaraan adil sama seperti di ICC.\rAisha mengemukakan permintaan itu menerusi peguamnya, Nick Kaufman untuk bertindak sebagai ‘sahabat mahkamah’ dengan memberi maklumat kukuh bagi membantu hakim memutuskan langkah selanjutnya.\r“Maklumat itu akan membantu hakim ICC memutuskan sama ada pihak berkuasa Libya benar-benar mahu membicarakan Seif dengan adil serta membenarkan diwakili peguam,” kata Aisha.\rAisha berkata, dia mahu memberi maklumat mengenai cubaannya menghubungi Seif dan dua panggilan telefon kepada timbalan pendakwa raya Libya.\r\n\n\n\r“Berdasarkan perbualan saya dengan mereka, boleh disimpulkan bahawa pihak berkuasa Libya yang menyiasat dan menghukum Seif sebenarnya tidak mahu berurusan dengan wakil perundangan antarabangsa,” kata fail Aisha.\rICC meminta Libya memberi akses kepada Seif dan butir penahanannya. Pihak berkuasa Libya juga mengemukakan fail bagi  membalas langkah Aisha pada 23 Januari lalu.\rSeif dikenakan dakwaan bersama bapanya dan ketua perisikan Libya era Gaddafi, Abdullah al-Senoussi. Kes Gaddafi kemudian ditutup manakala tiada siapa tahu di mana Al-Senoussi. –  AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.301183 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list