CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

'Anwar sokong Israel cuba tarik AS, Yahudi'

[Copy link]
Post time 3-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
TPM  selar pembangkang salahkan UMNO jika krisisKOTA BHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong usaha menjaga keselamatan Israel, sebagai cubaan membawa campur tangan Yahudi dan Amerika Syarikat dalam politik Malaysia.\n\n\n\n  Timbalan Perdana Menteri berkata, mungkin ada kebenarannya apabila Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) menganggap kenyataan Anwar itu sebagai cubaan memancing kuasa Yahudi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.\n\n\n\n\n\n  “Ini adalah satu perkara yang tersirat, adakah bermakna jika Anwar mengambil alih kerajaan, beliau akan ubah dasar mengenai Israel dan Palestin. Atau beliau akan menggunakan penasihat yang lain berhubung dengan perkara ini.“Itu kenyataan MUBARAK, mungkin ada kebenarannya. Soalnya sehingga hari ini, Anwar tidak dapat menjelaskan keadaan sebenar dan pihak PAS, parti dalam pakatan pun mempertikaikannya,” katanya selepas merasmikan Majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Peringat dekat sini, semalam.Pada masa sama, Muhyiddin menyelar pembangkang yang sering menyalahkan UMNO setiap kali mereka menghadapi krisis.Katanya, dalam kes bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, sehingga tokoh itu dipecat daripada parti itu, PAS tidak mencari punca mengapa masalah berkenaan berlaku tapi menyalahkan pihak lain.\n\n\n“Pembangkang mengalami sindrom penafian dengan menyalahkan UMNO atas segala masalah  mereka hadapi tanpa melihat pada kekurangan diri,” katanya.Beliau juga menyentuh mengenai Buku Jingga yang menjadi pertikaian sehingga ada setengah pemimpin pembangkang menganggap ia tidak sesuai.Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan Buku Jingga itu mungkin sesuai di sesetengah tempat tapi tidak sesuai di sesetengah negeri.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.134524 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list