CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Bank Negara mungkin naikkan kadar faedah 0.25 peratus

[Copy link]
Post time 3-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BANK Negara Malaysia berkemungkinan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.25 peratus pada separuh kedua tahun ini jika tekanan terhadap inflasi terus meningkat, kata OSK Invesment Bank Bhd.\r\"Bank Negara mempunyai ruang untuk menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) jika diperlukan, tetapi memandangkan risiko yang ada, kami menjangka ia akan mengekalkannya pada 3.0 peratus, bagi sekurang-kurangnya dalam tempoh separuh pertama ini,\" kata bank pelaburan itu dalam  nota penyelidikannya.\r\n\n\n\n\r  Katanya, ia percaya bank pusat akan menurunkan OPR, hanya jika persekitaran ekonomi global terus merosot.\r\r\n\n\n\n\n  Pada Selasa lalu, Bank Negara memutuskan untuk mengekalkan OPR pada kadar tiga peratus.\rOSK Investment berkata, kemungkinan besar, risiko cenderung kepada kenaikan kadar kerana tekanan inflasi dijangka meningkat susulan perbelanjaan penggunaan awam dan swasta yang kukuh.\rNamun ia berkata, inflasi tidak dijangka memberi ancaman kepada ekonomi negara.\rBank pelaburan itu menjangkakan kesan asas yang positif dan pertumbuhan perlahan ekonomi global akan mengurangkan inflasi tahun ini yang dijangka sederhana pada 2.7 peratus.\r\n\n\n\rSementara itu, MIDF Research berkata kebimbangan masih lagi berkisar sekitar keadaan kewangan dan ekonomi global.\rMasalah seperti krisis hutang Eropah dan kemudahruapan pasaran yang meningkat dijangka terus memberi tekanan kepada pertumbuhan di negara maju dan meningkatkan risiko negatif kepada pertumbuhan ekonomi global, katanya.\rFirma penyelidikan itu menjangkakan Bank Negara akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa tahun ini, memandangkan keadaan kewangan dan ekonomi global masih tidak menentu serta pertumbuhan ekonomi domestik cenderung kepada perbelanjaan swasta, yang dilengkapkan dengan perbelanjaan awam. \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73507 Replies : 316
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197508 Replies : 4564
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30249 Replies : 221
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56329 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4536 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.113503 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list