CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

14 sekolah lagi dapat taraf SBT

[Copy link]
Post time 4-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Perisytiharan angkat mutu pendidikan, beri autonomi laksana inovasi pengurusanPUTRAJAYA: Sebanyak 14 sekolah lagi, iaitu 10 sekolah rendah dan empat sekolah menengah, diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga ini ialah 66.\n\n\n\n  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu meletakkan Malaysia di landasan yang sepatutnya supaya negara setanding dengan pendidikan di negara maju, selaras wawasan kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.\n\n\n\n\n  Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, menjangkakan selepas fasa penilaian semula dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang dipikul warga SBT akan lebih mencabar.  \"Perisytiharan sebagai SBT ini bertujuan mengangkat mutu sekolah terbaik menerusi peningkatan pencapaian institusi pendidikan dengan memberi lebih autonomi dan tanggungjawab serta membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.\"Ini mampu menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dan bertaraf antarabangsa selain menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.\"Seterusnya, kita mahu SBT memainkan peranan sebagai sumber inspirasi dan rujukan kepada sekolah lain, sekali gus merapatkan jurang antara mereka menerusi jaringan dan bimbingan dalam kalangan sesama sendiri,\" katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 3 bagi tahun 2012, di sini semalam.\n\n\nSebelum ini, 20 sekolah diumumkan sebagai SBT bagi Kohort 1/2010 manakala 23 sekolah lagi disenaraikan dalam Kohort 2/2011 disusuli sembilan lagi sekolah yang diumumkan sebagai tambahan kepada senarai SBT Kohort 2/2011.Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Infant Jesus, SK (P) Sultan Ibrahim, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 2, Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor dan SMS Kota Tinggi di Johor serta SK Ibrahim, SJKC Keat Hwa (H) dan SMS Sultan Mohamad Jiwa di Kedah.Sekolah lain termasuk SK Minden Heights dan SJKC Kwang Hwa di Pulau Pinang; SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Tengku Mahmud di Terengganu; SK Assunta Convent di Pahang serta SMS Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan.Setiap sekolah terbabit masing-masing menerima peruntukan RM700,000 sebagai insentif menambah baik kecemerlangan pada masa depan. Muhyiddin berkata pengiktirafan SBT, yang juga sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kementerian Pelajaran, bertujuan meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan bermutu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056346 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list