CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Syor sumbangan PIBG dikecuali cukai

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Muhyiddin rujuk kepada PM galak sektor swasta hulur danaSHAH ALAM:  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan mengenai cadangan memberi pengecualian cukai kepada penyumbang dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).\n\n\n\nTimbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berpendapat langkah itu  boleh menggalakkan lebih banyak sektor swasta dan masyarakat  menyumbang kepada PIBG.\n\n\n\n\nBeliau berkata, langkah itu membantu menambah baik kualiti pendidikan di sekolah, sekali gus mengurangkan beban kerajaan.“Ketika ini,  sumbangan itu tidak menerima  pengecualian cukai,” katanya pada sidang media  selepas bertemu warga pendidik, pesara guru dan pengerusi PIBG seluruh Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay.Perkara itu dicadangkan seorang wakil PIBG  pada sesi dialog selama 15 minit mengenai  sistem pendidikan negara.\n\n\nTerdahulu, Muhyiddin menyampaikan peruntukan  kementerian   RM9.2 juta kepada tabung PIBG  semua sekolah dan sekolah agama rakyat di negeri ini.Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin meminta PIBG lebih komited  membantu meningkatkan prestasi persekolahan di negeri berkenaan.Muhyiddin memberi contoh, ketika lawatannya ke sebuah sekolah di Australia sebelum ini, beliau kagum apabila melihat ibu bapa pelajar melakukan kerja sukarela termasuk menjadi pembantu jurulatih kepada aktiviti sukan di sekolah berkenaan.“PIBG berperanan dalam memberi komitmen yang lebih bagi memastikan prestasi sekolah terus meningkat dari tahun ke tahun. Ia terbukti apabila prestasi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Selangor meningkat pada 2011 berbanding 2010.“Saya percaya, kejayaan ini sedikit sebanyak adalah hasil usaha PIBG di negeri ini yang begitu komited,” katanya.Ditanya tindakan kerajaan negeri mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL) di Kampung Pandan, katanya, beliau kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu hanya atas alasan mahu mencairkan aset dan mengaut keuntungan.“Kenapa institusi yang sudah dibangunkan berpuluh tahun diruntuhkan? Tak dengar pula nak diganti di mana.“Dia (kerajaan negeri) kata nak diagihkan pelajar masuk ke sekolah lain di bawah Kementerian Pelajaran tapi saya sebagai Menteri Pelajaran tak tahu pun. Maknanya, dia nak lepas tangan. Kalau roboh bina baru tak apa tapi tak ada pun dengar begitu.“Bagi saya ia satu perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan menyayat hati ramai rakyat Selangor,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.180973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list