CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 126|Reply: 0

Penagih berang bakar muka isteri

[Copy link]
Post time 5-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Mata kiri mangsa melecur  suspek cucuh guna pemetik api\rKOTA BHARU: Seorang penagih dadah dipercayai membakar muka isteri sehingga melecur mata kiri  dalam kejadian di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.\r\n\n\n\n\r  Sumber berkata, dalam kejadian  jam 7 malam itu, suspek yang berusia 40 tahun, dikatakan meminta wang daripada anaknya, dipercayai hendak membeli dadah sebelum bertindak merampas dompet anaknya itu.\r\r\n\n\n\n\n  Sebaik suspek berjaya mendapatkan wang itu, beliau terus meluru keluar bilik sebelum terserempak dengan isterinya dan tiba-tiba bertindak ganas dengan membakar wang RM1 menggunakan pemetik api pada muka isterinya itu.\rAkibat tindakan ganas itu, mata kiri isteri suspek melecur dan anak mangsa yang melihat kejadian itu tidak dapat membantu ibunya kerana terlalu takut dengan keadaan ayahnya. Mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu.\rKetua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 8 malam kelmarin.\rKatanya, suspek baru saja selesai menjalani hukuman penjara membabitkan kes dadah dan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.\r\n\n\n\r“Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. Ketika ditahan, ditemui bersama suspek, satu tiub straw dipercayai mengandungi dadah,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045380 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list