CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Dua beradik maut dirempuh lori sampah

[Copy link]
Post time 7-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
GOMBAK: Dua beradik dalam perjalanan bersama rakan untuk mandi di kolam renang awam di sini, terbunuh apabila motosikal ditunggangi dirempuh lori sampah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran kuil Hindu di Batu Caves, semalam.Dentuman kuat akibat kemalangan jam 1 tengah hari itu turut menyebabkan orang ramai yang menghadiri perayaan Thaipusam, gempar dan berpusu-pusu ke lokasi kejadian menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk.\n\n\n\n  Ketika kejadian,   Farouk Norshahiran Nasharudin, 18, yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 bersama abangnya, Rizal Norshahiri, 22, dalam perjalanan ke Kompleks Sri Siantan, Taman Selayang, untuk mandi kolam bersama rakan yang turut menunggang motosikal.\n\n\n\n\n  Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, kedua-dua mangsa yang berada di lorong kiri laluan menuruni bukit dari arah Gombak menghala ke Kepong itu tiba-tiba dirempuh lori sampah dari belakang menyebabkan Nor Shahrizal tercampak, manakala adiknya digilis dan diseret kira-kira 30 meter.Kedua-dua mangsa yang juga anak kepada seorang pesara polis serta abang mereka pula bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.Lori berkenaan dipercayai dipandu laju kemudian merempuh sebuah lagi motosikal dinaiki sepasang suami isteri menyebabkan wanita berkenaan cedera dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansor, berkata kemalangan berlaku selepas lori sampah terbabit hilang kawalan akibat kerosakan brek sebelum masuk ke laluan kiri ketika cuba mengelak sebuah lori lain sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.\n\n\nKatanya, pemandu lori sampah berusia 51 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan, manakala mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga di Taman Koperasi Polis di sini.Di KUANTAN, dua maut manakala dua penumpang cedera selepas kereta dinaiki terbabas di Kilometer 117.7 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), awal pagi semalam.Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa bersama dua lagi rakan dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Temerloh apabila kejadian berlaku.Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta, Ismadi Kechik, 25, dan Muhammad Nazir Abd Khalit, 22, dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh yang duduk di kerusi penumpang depan, sementara dua lagi penumpang, Alif Ridzuan Mohamad Nazeri, 19, dari Taman Seri Semantan dan Ahmad Ridzuan Rokbi, 23, dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh cedera dan dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh.Pegawai Penguat Kuasa Trafik Negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata siasatan awal mendapati kereta dinaiki empat sahabat itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan sebaik tiba di tempat kejadian.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.620044 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list