CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20418|Reply: 17

7 Kebaikan Lakukan Onani Bagi Wanita

[Copy link]
Post time 7-2-2012 10:56 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amzarramza at 10-2-2012 22:39

Ketika selesai melakukan hubungan seks, otak akan lebih bersedia untuk berfikir dengan jelas. Oleh itu, masa ini adalah sangat sesuai bagi suami isteri untuk berbincang tentang hal rumah tangga ketika ‘mood’ berada dalam keadaan jelas dan bersedia. Selain itu, ia memupuk dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri yang pada kalanya terjadinya kerengangan akibat masalah yang di hadapi.

Namun begitu, ada kalanya ia serba tidak menjadi walaupun selepas pasangan suami isteri melakukan hubungan seks. Kunci jawapan untuk membuka pintu ini adalah dengan mencapai orgasm hubungan seks itu sendiri. Bagi si suami, ia berkemungkinan amat mudah untuk mencapai jika keadaan dalam sihat namun berbeza bagi isteri yang pada kalanya sukar untuk mencapai orgasm pada waktu tertentu.


Oleh itu, suami perlulah memainkan peranan yang serius dalam menjalankan tugas ini. Kenapa orgasm pada isteri begitu sangat penting? Seperti yang dimaksudkan dengan kunci tadi, ia adalah salah satu punca kebahagian isteri kerana orgasm merupakan faktor pengubat tekanan yang dihadapi isteri pada waktu itu dengan masalah dan situasi yang dihadapi.

Berikut adalah kenyataan yang suami perlu sedar bagi mencapai orgasm isteri

Pertama
Isteri akan rasa seronok dan gembira kerana alami perasaan yang sensasi. Per
cayalah setiap kali suami berjaya berikan isteri orgasm, isteri akan sentiasa tersenyum dan gembira. Hasilnya suami akan sentiasa di sayangi. Pada tahap ini, ia akan sentiasa meningati suami sebagai tempat bergantung harapan bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian.

KeduaIsteri akan rasa semua keperluan hidupnya berjaya di penuhi. Amat mudah bukan? Namun itulah kenyataanya, isteri sebenarnya lebih mementingkan diberi perhatian oleh suami lebih dari segala apa yang dimahukan. Suami adalah harta yang paling berharga buatnya.

Ketiga
Isteri akan rasa perasaan teruja di mana perasaan ini hanya akan datang melalui kepuasan seks dan mencapai orgasm. Membuatkan isteri teruja adalah amat penting bagi menaikan semangatnya demi mengadapi kehidupan sehari-harian.

Keempat
Isteri akan lebih yakin kerana telah alami hubungan yang sangat nikmat pada waktu itu melalui orgasm yang berjaya. Ia merupakan pemakin semangat kepadanya. Apabila isteri melepaskan segalanya dan menikmati kebahagiaan ketika itu melalui hubungan seks yang berjaya, sudah pastinya hal ini membuatkanya berasa lega dan bangun dengan penuh bertenaga.

Kelima
Pada ketika orgasm berjaya, isteri akan merasa tekanan seksual telah di lepaskanya. Ketika melakukan hubungan seks, suami isteri akan menyimpan ledakan seksual di hati dan fikiran masing – masing. Apabila isteri alami orgasm, ledakan seksualnya akan terlepas seperti gunung berapi yang telah lama bertapa dan mengeluarkan isinya yang panas, dan kemudiannya sejuk dan tenang.

Keenam
Isteri akan waras dan kurang beremosi negatif kerana semua beban yang ditanggung sudah terlepas apabila mengalami orgasm.

Ketujuh
Isteri akan rasa dirinya di cintai. Semasa hubungan seks berlangsung, dia sangat inginkan kepuasan dan apabila suami memberikan orgasm yang padu, sudah pastinya isteri akan rasa sangat di cintai dan dihargai. Seterusnya dapat memberikan impak kesetiaan dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada suami.

Pendek kata, suami haruslah berusaha untuk memberikan sebaik mungkin nafkah batin kepada isteri dan memastikannya betul-betul mencapai orgasm ketika hubungan seks berlangsung. Ia juga bolehlah diertikan sebagai ubat yang menyembuhi isteri yang sangat terluka dengan tekanan yang dihadapi. Oleh itu memastikan isteri mencapai orgasm adalah misi utama suami bagai mencapai seks yang berjaya.



http://ampico.blogspot.com/2012/02/7-kebaikan-lakukan-onani-bagi-wanita.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2012 06:58 PM | Show all posts
hahaha, tetiba aku lak yg rasa seronok membaca n cuba menghadam pengetahuan2 baru nih... hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:09 AM | Show all posts
tajuk thred ni xsesuai. onani tu = lancap kan? pekena mengenak ngan yg dibincang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 12:40 PM | Show all posts
Silap tajuk nie... sepatutnya kelebihan orgasm bagi kepuasan wanita
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 04:32 PM | Show all posts
yela..betui2 silap tajuk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 04:43 PM | Show all posts
Mana TT ni? Dah buka thread mcm ni lepas tu hilang...hu3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2012 09:03 PM | Show all posts
Tajuk gempak betul
Sepatutnya "Kepuasan Seks Bagi Wanita
Onani tu maksudnya melampiaskan nafsu dengan melancap
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 09:24 PM | Show all posts
br nk onani td
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 09:39 PM | Show all posts
ledakan yg bermanafaat...kui kui kui kui.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 12:42 AM | Show all posts
wow!...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 06:58 AM | Show all posts
yelah, tajuk diberi lari dari isi artikel....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 07:29 AM | Show all posts
tekezut aku baca tajuk dia.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 05:02 PM | Show all posts
menarik
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:00 PM | Show all posts
patut la ak bace isi die len sgt dr tjuk nye..
salah tjuk rpenye
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2012 04:25 PM | Show all posts
tajuk lari dari isi yang ingin diutarakan sebenarnya....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2012 02:05 PM | Show all posts
biasa2 jah teknik tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2012 10:41 AM | Show all posts
Aduyai.. orgasm BERBEZA dari onani la. Takleh edit tajuk ka?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 03:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.372906 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list