CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2981|Reply: 17

PERODUA bakal keluar model sedan

[Copy link]
Post time 9-2-2012 08:27 AM | Show all posts |Read mode


Semakan NAP benarkan syarikat hasilkan kereta 1.6 liter hingga 1.8 liter

SELEPAS 19 tahun menjadi pengeluar kereta kompak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijangka memperoleh kebenaran daripada kerajaan untuk mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin lebih tinggi daripada 1.5 liter tidak lama lagi.
Sumber berkata, kebenaran itu akan diberikan sebaik kerajaan selesai menyemak semula aturan perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak ketika penubuhan PERODUA pada 1993.

“Di bawah aturan itu, ia antara lain menyatakan PERODUA hanya dibenar mengeluarkan kereta kompak dengan kapasiti enjin di bawah 1.5 liter dan tidak boleh membuat atau memasang kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada yang ditetapkan.

“Namun begitu dengan semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang kini sedang dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan pasaran automotif tempatan lebih terbuka dalam setiap aspek rantaian industri kereta, kerajaan akan turut menyemak aturan perjanjian sedia ada itu dengan menarik semula larangan yang
dikenakan kepada PERODUA sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sumber berkenaan berkata, jika semakan semula aturan perjanjian itu membuahkan hasil positif, PERODUA akan mula memasang dan mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin antara 1.6 liter hingga 1.8 liter, sekali gus menandakan bermulanya penerokaan syarikat itu dalam segmen kereta sedan.
Sejak ditubuhkan, PERODUA hanya terbabit dalam pemasangan dan pengeluaran kereta segmen di bawah 1.0 liter (Kancil, Kelisa, Kenari dan Viva); 1.3 liter (Kembara dan Myvi); dan 1.5 liter (Alza dan Myvi Extreme).

Katanya, kebenaran itu kelak akan mempelbagaikan portfolio kereta di bawah PERODUA, dan mampu meningkatkan jualan serta daya saing syarikat dalam mempersiapkan diri menghadapi liberalisasi dalam pasaran automotif.

“Pengenalan model baru dengan enjin kapasiti yang lebih besar dijangka dimulakan dengan model prototaip, Bezza yang kali pertama dipertontonkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010,” katanya.

Katanya, pengenalan kereta dalam segmen baru itu juga dilihat amat logik dan bertepatan dengan peningkatan permintaan kereta sedan di kalangan pembeli kereta kali pertama di Malaysia, yang rata-ratanya terdiri daripada eksekutif muda dengan pendapatan lebih tinggi.

Sumber itu bagaimanapun berkata, walaupun PERODUA akan terbabit dalam pengeluaran kereta dengan enjin kapasiti lebih daripada 1.5 liter, ia tidak bermakna tumpuan terhadap pengeluaran kereta kompak dikurangkan.

“PERODUA tetap terus memberi tumpuan dalam segmen kereta kompak kerana ia adalah sumber kekuatan syarikat,” katanya.

Dari segi persiapan, sumber berkenaan berkata, PERODUA dijangka tidak berdepan sebarang masalah bagi mengeluarkan kereta kapasiti enjin yang lebih tinggi hasil sokongan berterusan rakan kongsi teknikalnya iaitu Daihatsu Motor Corporation Ltd (DMC).

Selain rakan kongsi teknikal, DMC juga adalah satu daripada pemegang saham utama dengan menguasai kepentingan 51 peratus dalam operasi pengeluaran PERODUA.

Pegawai Eksekutif Kanan DMC, Masahiro Fukutsuka, lewat Disember lalu dilaporkan berkata, syarikat yang berpangkalan di Ikeda, Osaka, Jepun itu merancang menjadikan PERODUA lebih bebas dalam aktiviti berkaitan pembangunan kereta yang mampu memenuhi permintaan pasaran serantau dan tidak terlalu bergantung dengan model Daihatsu.

Credit: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PERODUAbakalkeluarmodelsedan/Article

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 08:33 AM | Show all posts
pulak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:03 AM | Show all posts
bagus utk industri permotoran dan more choice to consumers
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:31 AM | Show all posts
sedan apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:14 AM | Show all posts
model setan???
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 11:17 AM | Show all posts
amboi...gempak lah pintu leh buke mcm mpv.... produa kene bina kepercayaan org ramai br la org nk beli keta2 mereka...nie nnt br pki 3 bulan dh pintu tercabut nnt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2012 12:13 PM | Show all posts
harga 1.0 dan 1.3 pun dah sama ngan saga & persona, berapa plak dia nak ketuk kalau 1.6....?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 12:19 PM | Show all posts
Reply 13# niezam_cs

smart kan . lampu mcam mate iron man
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2012 12:47 PM | Show all posts
Reply  niezam_cs

smart kan . lampu mcam mate iron man
loslocos Post at 9-2-2012 12:19 PM



    yup...i2 yg mahal tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 12:53 PM | Show all posts
harga 1.0 dan 1.3 pun dah sama ngan saga & persona, berapa plak dia nak ketuk kalau 1.6....?
jofizo Post at 9-2-2012 12:13

Tu la pasal. Dah overrated sangat dah P2 sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 12:58 PM | Show all posts
confem la mhl kte nih..tp pape pon mmg smrt gle..
dpt sebijik pon ok nih..hehe..ade sape2 x nk tlg beli kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 12:59 PM | Show all posts
elok la kalau bnyak pilihan, pengguna juga yg utng,


aku maw rebadged prius hybrid satu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 07:13 PM | Show all posts
Model2 P2 sumer berasaskan model daihatsu/toyota...so kalau dia keluarkan kete sedan 1.6 ke atas...adakah dia akan rebadge model2 daihatsu/toyota gak?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 04:59 PM | Show all posts
side mirror?  

ape kah?
six_points Post at 9-2-2012 11:20



   secare logiknye, minyak ngan brake
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 08:27 PM | Show all posts
compact dah mahal..kalo sedan berapa gamaknya???
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2012 08:33 PM | Show all posts
Npk cam Honda city sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2012 10:46 PM | Show all posts
smart gak...rasa nak beli satu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2012 02:19 AM | Show all posts
harga 1.0 dan 1.3 pun dah sama ngan saga & persona, berapa plak dia nak ketuk kalau 1.6....?
jofizo Post at 9-2-2012 12:13



    mau sama harga dgn Merc SLK...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.319872 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list