View: 168|Reply: 0
|
Ikhwanul Muslimin desak pecat kerajaan dilantik
[Copy link]
|
|
KAHERAH: Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendesak majlis pemerintah tentera memecat kerajaan dilantik kerana gagal mengawal keselamatan dan keadaan ekonomi yang semakin meruncing di negara itu.\rPertubuhan itu yang menguasai hampir 50 peratus daripada kerusi di Parlimen, setakat ini menjadi parti tunggal terbesar muncul daripada pilihan raya Mesir paling adil dan bebas dalam masa beberapa dekad.\r\n\n\n\n\rJurucakap Ikhwanul Muslimin, Mahmoud Ghozlan, berkata kelmarin tentera perlu melantik wakil pertubuhan itu sebagai Perdana Menteri, yang kemudian akan membentuk kerajaan baru. \r\r\n\n\n\n\nDesakan memecat Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Kamal el-Ganzouri, dibuat selepas rusuhan berdarah bola sepak yang mencetuskan pertempuran selama berhari-hari antara penunjuk perasaan dan polis. Sekurang-kurangnya 74 maut dalam rusuhan 1 Februari itu dan 15 lagi terbunuh dalam pertempuran yang menyusul tragedi berkenaan.\r“Kami mendesak majlis tentera memecat kerajaan sedia ada kerana gagal mengendalikan majlis besar dan membentuk kerajaan lain. Jika ada kerajaan yang disokong oleh rakyat, ia akan bertindak tanpa tunduk kepada tekanan sesiapa. Ia akan memberi jaminan kepada rakyat dan menyediakan kawalan keselamatan,” kata Ghozlan.\rBantahan dan pertempuran berdarah kerap berlaku sejak kebangkitan yang menyingkirkan pemerintahan Presiden Hosni Mubarak setahun lalu. Jenayah juga banyak dilaporkan terutama rompakan bank sejak beberapa minggu lalu.\rTentera ditempatkan di seluruh negara bermula Rabu lalu dalam cubaan mengembalikan semula kawalan keselamatan dan seperti dilaporkan media, mengembalikan semua prestij negara.\r\n\n\n\rBanyak pihak menyalahkan polis di atas kegagalan menghentikan rusuhan berdarah dan mengkritik polis kerana penggunaan kekerasan untuk menyuraikan tunjuk perasaan. Kejadian itu mengulangi tuduhan majlis pemerintah tentera menyalah urus apa yang sepatutnya menjadi peralihan kepada demokrasi dan desakan diteruskan supaya tokoh tentera meletak jawatan.\rMasalah keselamatan berlaku beberapa hari sebelum mogok besar-besarkan bermula 11 Februari ini, ulang tahun pertama kejatuhan Mubarak untuk menuntut peralihan segera kepada pemerintahan awam. Gesaan itu dikritik keras oleh tentera dan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan sebagai cubaan mengkucar-kacirkan negara itu. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|