CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

10,000 atlit Olimpik diarah beri cap jari, imbas wajah

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Lebih 10,000 atlit yang menyertai Sukan Olimpik dan jurulatih masing-masing terpaksa memberi cap jari dan imbasan wajah kepada pegawai Britain di seluruh dunia dalam operasi terbesar seumpama itu bagi mengelakkan kejohanan berkenaan menjadi sasaran pendatang haram atau pengganas.Menteri bimbang selain sebilangan besar anggota keluarga sukan (GFM), bukan hanya anggaran 10,500 atlit tetapi juga pasukan latihan, media dan pegawai, pengganas dan pendatang haram turut sama bergabung dengan kesesakan di lapangan terbang Heathrow beberapa hari menjelang sukan itu yang akan bermula 27 Julai ini untuk memasuki Britain.\n\n\n\nTerminal sementara di Heathrow sudah pun dibina untuk menampung kedatangan 20,000 orang yang mempunyai tugas khas pada sukan itu selain berjuta pemegang tiket dan pelancong.\n\n\n\n\n\nKerajaan meningkatkan amaran ancaman pengganas kepada ‘teruk’ sepanjang kejohanan 16  hari itu, yang bermakna cubaan melancarkan serangan berkemungkinan tinggi dilakukan.Sejak beberapa minggu lalu, kakitangan Agensi Sempadan United Kingdom, sudah berada di pejabat visa di luar negara, mula menjalankan tugas mengambil maklumat biometrik kira-kira 10,000 individu.Pegawai akan melawat tempat acara sukan antarabangsa dalam masa beberapa minggu untuk menghimpun seberapa banyak data pada satu tempat. Setiap profil mengandungi imbasan imej wajah dan 10 cap jadi yang disimpan dalam satu rekod digital.Atlit dari beberapa negara yang bertanding sudah pun mempunyai maklumat biometrik dalam pasport masing-masing dan tidak perlu menyerahkan data mereka tetapi Kementerian Dalam Negeri percaya masih ada 10,000 atlit dan anggota pasukan mereka yang perlu berbuat demikian.\n\n\nKawalan keselamatan lebih ketat diperlukan kerana setiap GFM perlu memiliki pas akreditasi untuk masuk dan keluar Perkampungan Olimpik dan tempat acara diadakan tanpa pemeriksaan keselamatan ketat.Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata: “Mengumpulkan biometrik lebih awal sebelum berlepas akan meningkatkan keselamatan kerana biometrik GFM akan diperiksa lebih awal sebelum ketibaan di Britain.”Kementerian tidak menyebut kos sebenar operasi itu, tetapi berkata ia diminimumkan kerana pegawai visa sudah pun berada di negara terbabit. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 1.554924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list