View: 127|Reply: 0
|
Terkilan idea kena ciplak
[Copy link]
|
|
KECEWA dan terkilan. Itu saja yang mampu diungkapkan produser, Global Network Entertainment Sdn Bhd (GNE), Den Wahab apabila impian untuk mengekalkan tradisi menjadi produksi pertama mementaskan sesuatu kelainan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) tidak kesampaian.GNE yang sepatutnya menjadi produksi pertama mengisi slot Bila Hati Di Geletek dengan judul Panggung Pecah Perut menggabungkan pelawak baru dan lama ke pentas IB seolah-olah dikhianati apabila idea dan konsep mereka diciplak oleh produksi lain yang terlebih dulu diberi kebenaran dipentaskan di panggung berprestij itu.\n\n\n\n“Sudah tentu saya terkilan apabila perkara ini timbul. Saya kecewa kerana tidak dapat mengekalkan produksi yang mementaskan produk pertama di pentas IB seperti produk saya sebelum ini.\n\n\n\n\n\n“Saya tidak mahu memanjangkan hal ini dan terpaksa memujuk hati, tetapi sejak minggu lalu saya banyak mendapat panggilan telefon daripada wartawan yang tertanya-tanya dengan apa yang berlaku, malah sebaik-baiknya saya cuba mengelak untuk menjawab,” katanya yang dihubungi Hip bagi menjawab ruangan gosip ‘Dengarnya’ berjudul ‘Ada Kes Pilih Kasih di Istana Budaya’ akhbar ini semalam.Begitupun Den berkata, sejak pementasan Lawak Ker? Der.. pada 3 Februari lalu, ramai pihak yang terkeliru, malahan media juga ingin tahu kedudukan sebenar pementasan Panggung Pecah Perut.“Pada hal antara mereka pernah tahu idea dan konsep komedi yang dipentaskan di majlis pelancaran program IB sebelum ini. Produksi , adalah kali pertama akan saya bawakan pada September depan seperti yang sudah dimasukkan di dalam kalendar program IB dan tidak ada mana-mana produksi lain termasuklah pada bulan Februari ini. “Menerusi kertas kerja saya kepada IB pada Disember tahun lalu, sudah tertulis idea dan konsep untuk membawa pelawak baru dan lama serta peserta program Raja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Di situ sudah jelas idea dan konsep yang cuba saya ketengahkan. \n\n\n“Tiba-tiba kita dengar ada produksi lain menarik diri pada bulan Februari dan digantikan dengan pementasan komedi yang turut mengakui kali pertama dipentaskan di IB. Lebih terkilan apabila saya sendiri tidak dimaklumkan oleh pihak IB mengenai slot yang dikosongkan pada Februari lalu malah boleh ditawarkan kepada produksi lain pula.“Saya percaya jika perkara ini berlaku kepada produksi lain, mereka akan berasa perasaan sama seperti saya rasakan sekarang,” katanya yang hanya mampu berserah kepada tuhan soal rezeki yang dikurniakan.Sebagai agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian (KPKK) perkara ini boleh membimbangkan banyak produksi teater tempatan untuk terus berkarya sekali gus mencemarkan industri teater tempatan itu sendiri.“Kadang-kadang terlintas di fikiran, selepas ini IB tidak perlulah mengadakan majlis pelancaran kalendar program IB kerana idea dan konsep sesuatu produksi itu boleh diciplak oleh mana-mana individu. Kalau bukan dipentaskan di IB, mereka masih boleh mementaskan di mana-mana lokasi bagi untuk mengaut keuntungan daripada perahan idea orang lain,” katanya kesal.Sebelum ini GNE bersama-sama Execellent Ventures pernah mementaskan teater permotoran pertama berjudul teater muzikal Impak Maksima dengan membawa dua kereta drift ke pentas. Teater itu juga menjadi produk teater tempatan pertama yang diundang oleh Esplanade, Singapura untuk dipentaskan di sana dengan membawa nama IB. Ia diikuti dengan pementasan teater muzikal Teratak Minang yang menggabungkan pelakon dua negara serumpun bersama Indonesia. Teater amal itu juga sebahagian daripada kutipan tiket turut disumbangkan kepada mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia. GNE juga menjadi produksi pertama yang menganjurkan konsert tribute kepada komposer sekali gus mengangkat bidang itu lebih dihargai.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|