CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

China gesa Syria henti konflik

[Copy link]
Post time 19-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Semua pihak perlu sekat keganasan untuk pilihan raya secara aman\rDAMSYIK: Timbalan Menteri Luar China, Zhai Jun menggesa semua pihak di Syria menghentikan keganasan bagi memastikan pilihan raya dijalankan secara aman selepas perbincangan Damsyik dengan Presiden Bashar al-Assad semalam, lapor media tempatan.\r\n\n\n\n\r   “Pendirian China adalah menggesa kerajaan, pembangkang dan pemisah untuk menghentikan keganasan dengan segera,” kata Zhai sambil menambah bahawa ia adalah penting supaya ketenangan kembali secepat mungkin kerana ia adalah untuk kepentingan penduduk Syria.\r\r\n\n\n\n\n   “Kami berharap  pungutan suara terhadap satu perlembagaan baru dan juga pilihan raya akan datang berlangsung dengan aman,” katanya yang dipetik televisyen tempatan.\rKhamis lalu, kumpulan pembangkang Syria menolak satu perlembagaan baru yang dirangka yang boleh menamatkan pemerintahan parti tunggal hampir lima dekad dan menggesa pengundi memboikot pungutan suara pada 26 Februari.\rJawatankuasa Koordinasi Kebangsaan bagi Perubahan Demokratik memberitahu  adalah sukar bagi kita untuk mengambil bahagian dalam referendum ini sebelum pembunuhan dan keganasan dihentikan.\rPertemuan Zhai dan Assad diikuti rundingan bersama rakan sejawatnya, Faisal Meqdad, lewat Jumaat selepas beliau menyatakan masyarakat antarabangsa perlu menghormati kedaulatan Syria.\r\n\n\n\r“Kami bertukar pandangan mengenai cara untuk mengukuhkan kerjasama kita dalam berhadapan dengan tempoh sukar ini di Syria,” kata Zhai di mana kerajaannya bersama Moscow dua kali menyekat kritikan Majlis Keselamatan PBB terhadap tindakan keras regim Damsyik berhadapan dengan kebangkitan selama 11 bulan.\r“Kedaulatan, penyatuan, kebebasan dan integriti Syria perlu dihormati semua pihak dan masyarakat antarabangsa,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi Syria  Arab News. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.324576 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list