CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

PM tunai janji naik taraf kuarters JKR

[Copy link]
Post time 19-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Apartmen sembilan tingkat lengkap kemudahan asas selesakan  penghuniKUALA LUMPUR: Kira-kira dua tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak meninjau kuarters kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang daif dan serba kekurangan di Batu 2.5 Jalan Sungai Besi, dekat sini, serta memberi jaminan ia akan diganti  baru untuk keselesaan penghuninya.\n\n\n\n  Semalam, Perdana Menteri mengotakan janjinya apabila kakitangan JKR terbabit menerima kunci rumah baru mereka daripada beliau.\n\n\n\n\n  Apartmen sembilan tingkat yang mengandungi 60 unit rumah bersaiz 110 meter persegi setiap satu dengan tiga bilik, dua bilik mandi selain kemudahan tabika, gelanggang futsal, dewan, taman permainan kanak-kanak dan 209 petak letak kereta dibina di Batu 4.5 Jalan Sungai Besi.Ini berbanding kuarters lama yang hanya mempunyai satu bilik, satu bilik mandi, tanpa sebarang kemudahan, selain bangunannya yang usang, dipenuhi semak dan longkangnya tersumbat serta menyukarkan kehidupan penghuninya.Ketika melakukan tinjauan mesra ke situ pada 5 September 2009, Najib mengumumkan peruntukan RM28 juta bagi membina kuarters baru sembilan tingkat itu, namun hanya RM19 juta digunakan untuk menyiapkan perumahan baru itu.Kerja pembinaan dimulakan pada 25 Mac 2010 dan siap sepenuhnya pada 3 Oktober lalu sebelum mula diduduki kakitangan JKR berpendapatan rendah secara berperingkat mulai Disember lalu.\n\n\nKetika ditemui Berita Minggu, semalam, seorang penghuni, Azizah Abdul Aziz, 29, berkata beliau bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin terhadap nasib kakitangan JKR berpendapatan rendah.“Alhamdulillah, saya akan berpindah ke rumah baru bulan depan. Sekarang kami tinggal di Flet Pandan Cahaya. Saya sudah tengok rumah baru itu, memang luas dan lengkap dengan tiga bilik serta dua bilik mandi.“Kalau sekarang kami terpaksa menyediakan RM500 untuk membayar sewa bulanan, mulai bulan depan kami dapat menggunakan wang itu untuk keperluan keluarga,” katanya.Azizah yang bertugas di JKR Cawangan Wilayah Persekutuan, berkata tidak mungkin keselesaan di rumah baru itu mampu dinikmati tanpa keprihatinan Najib terhadap nasib rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar.Sementara itu, P Ravichandran, 43, kakitangan Bahagian Istiadat JKR, berkata sejak berpindah ke rumah baru pada 29 Januari lalu, beliau dan isteri serta tiga anak mereka berusia lapan hingga 15 tahun menikmati kehidupan lebih selesa.“Dulu kami tinggal di Kuarters Batu 2.5. Rumah itu terlalu sempit kerana hanya ada satu bilik dan satu bilik mandi. Kalau ada anggota keluarga   datang, kami terpaksa tidur di ruang tamu. “Kalau hendak menyewa di tempat lain, kami tidak mampu kerana isteri saya tidak bekerja. Saya berterima kasih kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri kerana membela nasib penduduk berpendapatan rendah seperti saya,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.031198 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list