CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 166|Reply: 0

30 peratus pemandu bas sukar tidur malam

[Copy link]
Post time 19-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Insomnia dipercayai antara punca kemalangan seriusKUALA LUMPUR:  Tiga puluh peratus daripada 300 pemandu bas didapati mengalami masalah kesukaran tidur malam, dengan lapan peratus kronik sekali gus membimbangkan kerana dikhuatiri memberi kesan kepada keselamatan pemanduan mereka.\n\n\n\n Presiden Pertubuhan Penyakit Tidur Malaysia (SDSM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, berkata statistik itu diperoleh dalam kajian yang dijalankan oleh badan itu dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) baru-baru ini.\n\n\n\n\n “Kajian  ke atas 300 pemandu bas daripada lima syarikat pengangkutan di seluruh negara, dan lebih mengejutkan apabila lapan peratus berada di peringkat teruk,” katanya  pada majlis pertemuan saintifik-Masalah Tidur Masyarakat Malaysia-Ke arah Tidur yang Lebih Sihat di Malaysia, semalam.Pensyarah Kanan dan pakar psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya itu berkata golongan yang sukar tidur malam dan mengalami gangguan tidur teruk termasuk nafas terhenti ketika tidur, berisiko untuk terbabit dalam kemalangan industri mahupun jalan raya.“Usaha perlu dilakukan bagi memastikan pemandu yang mengalami masalah kesukaran tidur  diberi rawatan untuk mengatasi masalah  kerana mereka perlu memandu dalam tempoh  panjang.“Masalah gangguan tidur terutama insomnia berpanjangan dan nafas terhenti ketika tidur didapati kemungkinan  antara punca kemalangan serta kecederaan serius kerana mereka boleh tertidur di siang hari termasuk ketika memandu dan ia amat membahayakan nyawa sendiri dan orang lain,” katanya.\n\n\nMuhammad Muhsin berkata, sebagai langkah pertama, pemandu bas dan lori seharusnya diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan sama ada mereka mengalami gangguan tidur terutama nafas terhenti ketika tidur.“Mereka yang disahkan menghidapi nafas terhenti ketika tidur atau gangguan tidur di peringkat yang teruk perlu dirawat dulu hingga pulih sebelum dibenarkan untuk memandu kembali,” katanya.Katanya, kajian  profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga anggota pertubuhan berkenaan, mendapati lebih daripada tujuh peratus rakyat Malaysia mengalami masalah  tidur. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040471 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list