CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Presiden Yaman terpaksa undur

[Copy link]
Post time 20-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pungutan suara pilih timbalan tamatkan pemerintahan 33 tahun Saleh\rSANAA: Pemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh selama 33 tahun berakhir minggu ini apabila timbalannya mengambil alih jawatan itu menerusi pungutan suara seperti pilihan raya, menjadikan Yaman sebagai negara Arab pertama di mana yang menyelesaikan isu kebangkitan rakyat menerusi perundingan.\r\n\n\n\n\rPengaruh Saleh bagaimanapun masih jelas dalam pengundian presiden Selasa apabila mengekalkan penguasaan terhadap pasukan keselamatan paling berkuasa di negara itu dan berkata beliau akan kembali ke tanah air dari Amerika Syarikat bagi rawatan perubatan menjelang pengundian.\r\r\n\n\n\n\nNaib Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, hanyalah satu-satunya nama dalam kertas undi, menjadikan pilihan raya itu semata-mata pengundian satu calon. Tentera berusia 66 tahun dari selatan  itu dianggap  kebanyakan pihak  calon yang mendapat persetujuan semua. \rDua kumpulan pembangkang, pemisah Pergerakan Selatan dan di utara Zaidi, memulaukan pilihan raya itu.   Pilihan raya satu calon itu adalah syarat peralihan kuasa yang ditaja negara Teluk dan ditandatangani Saleh pada November selepas 10 bulan protes besar-besaran dan menyebabkan tekanan antarabangsa mendesak beliau berundur. \rPenyokong  kebangkitan  meminta rakyat Yaman untuk menyokong Hadi dan poster naib presiden ditampal di seluruh bangunan dan  jalan di ibu negara, Sanaa.\r“Hadi mempunyai sokongan tempatan, serantau dan antarabangsa serta  pemimpin yang ada wawasan  masa depan. Kami minta  rakyat Yaman menyertai pilihan raya ini,” kata Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, yang belot pada Mac lalu kerana menyebelahi penunjuk perasaan. \r\n\n\n\rPemenang Anugerah Nobel Keamanan yang berpengaruh, Tawakkul Karman turut menggesa rakyat  mengundi untuk naib presiden dan berkata pilihan raya ini adalah tanda kemenangan bagi kebangkitan popular golongan muda. \rSebaik Hadi mengambil alih jawatan itu, beliau dijangka melancarkan dialog nasional, langkah pertama dalam tempoh peralihan yang akan berakhir pada pilihan raya presiden dan perundangan dalam tempoh dua tahun. \rNamun, ramai rakyat Yaman bimbang  peranan pasukan keselamatan negara yang masih  di bawah kawalan anak lelaki Saleh dan anak saudaranya yang bertanggungjawab terhadap pertumpahan darah sepanjang tindakan keras terhadap penunjuk perasaan. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.568195 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list