CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Bekas suami Whitney Houston kena halau

[Copy link]
Post time 20-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bobby  tinggalkan majlis, dakwa tak dibenar temui anak\rNEW YORK: Penyanyi Bobby Brown meninggalkan upacara  pengebumian bekas isterinya, Whitney Houston lebih awal selepas mendakwa pengawal keselamatan beberapa kali meminta beliau berbuat demikian dan menghalang beliau daripada bertemu dengan anak perempuannya bersama Houston.\r\n\n\n\n\r   Brown dalam satu kenyataan berkata bahawa sebaik saja tiba di majlis itu beliau didekati pengawal keselamatan sebanyak tiga kali yang enggan membenarkan beliau bertemu anak perempuannya hasil perkahwinan dengan Houston, Bobbi Kristina Brown, 18.\r\r\n\n\n\n\n   Brown dan Houston bercerai pada 2007 selepas perkahwinan penuh pergolakan mereka selama 15 tahun seperti yang dipaparkan dalam sebuah rancangan realiti televisyen, Being Bobby Brown yang menunjukkan hubungan mereka penuh kasih sayang tetapi bermasalah.\r“Saya gagal untuk memahami mengapa pengawal keselamatan mengancam keluarga saya begini dan terus meminta kami dan bukan orang lain untuk meninggalkan majlis ini,” katanya.\rBrown berkata,  bahawa Houston yang mati ketika berusia 48 tahun dalam satu kejadian belum terjawab seminggu lalu di sebuah bilik hotel di Beverly Hills pastinya mahukan kehadiran beliau.\r“Ini adalah hari untuk menghormati Whitney. Saya tidak rasa Whitney mahu melihat perkara ini berlaku. Saya akan terus memberi penghormatan kepada bekas isteri saya dengan cara terbaik yang saya ketahui,” katanya.\r\n\n\n\rSementara itu, Brown dalam satu kenyataan yang dipetik E! News mendakwa bahawa beliau bersama anak lelakinya, Landon Brown menerima undangan untuk menghadiri upacara pengebumian bekas isterinya itu tetapi hanya berada di situ  selama 20 minit selepas diarahkan pengawal keselamatan beberapa kali untuk keluar.\rPembantunya, Jeff Allen  memberitahu E! News penyanyi itu terpaksa meninggalkan majlis lebih awal untuk ke konsertnya yang dijadualkan pada jam 8 malam.\r“Saya berada pada upacara pengebumian Whitney dan bercakap dengan Bobby Brown cuba untuk menenangkan beliau dan tidak mengalihkan perhatian majlis pengebumian itu. – Reuters/Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.393985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list