View: 192|Reply: 0
|
Bakal berkayuh ke negeri lain
[Copy link]
|
|
Acara berbasikal Hot FM tarik lebih 2,000 peserta di Shah Alam, Putrajaya\rACARA Jom Berkayuh Basikal Bersama Hot FM di Extreme Park, Shah Alam, semalam menerima lebih 800 penyertaan terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Dari usia tujuh hingga 40 tahun, peserta yang mula berkumpul sejak jam 7 pagi diberikan taklimat dan dibekalkan dengan baju Hot FM serta minuman.\r\n\n\n\n\rTepat jam 8.30 pagi, acara pelepasan bendera disempurnakan Pengurus Besar Rangkaian Program Radio Media Prima Berhad, Anida Mohd Tahrim. \r\r\n\n\n\n\nKayuhan sepanjang 13 kilometer dari Extreme Park turut melalui laluan Masjid Shah Alam, Taman Tasik dan Seksyen 8.\rMenurut Anida, riadah antara aktiviti yang semakin digemari masyarakat, justeru peluang itu diambil bagi mendekatkan penyampai stesen itu bersama pendengar.\r“Acara riadah berbasikal ini kesinambungan daripada acara berbasikal yang diadakan di Terengganu dan Kelantan pada Januari lalu. Ia diadakan sempena pelancaran Hot FM Klate dan Hot FM T’Ganu yang dihadiri lebih 4,000 peserta berbasikal.\r“Atas kesedaran itu, kami berasakan acara riadah umpama ini memang aktiviti paling sesuai untuk mendekatkan pendengar bersama penyampai radio di samping mewujudkan hubungan lebih mesra antara mereka.\r\n\n\n\r“Aktiviti sihat umpama ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya yang turut menyertai acara berkenaan.\rAcara kayuhan yang diadakan selama dua hari bermula kelmarin di Dataran Putrajaya Persiaran Perdana Presint 3 menerima penyertaan paling ramai.\r“Acara di Putrajaya semalam (kelmarin) dijayakan lebih 1,500 peserta yang turut disertai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar, Perbadanan Putrajaya, Datuk Abdul Ghani Ahmad. Manakala di Shah Alam kami berjaya mengumpul 800 peserta kayuhan.\r“Kami berharap acara umpama ini akan dapat diteruskan sebagai acara tahunan. Kami juga merancang untuk melebarkan skop penjelajahan ke negeri lain dan memasuki pekan kecil pula selepas ini,” katanya.\rSelain Anida, semua penyampai stesen itu seperti Faizal Ismail, Fara Fauzana, AG, Leya dan Usop Wilcha turut memeriahkan acara berkenaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|