View: 96|Reply: 0
|
Beregu wanita perlu bersaing buru tiket Olimpik
[Copy link]
|
|
REXY Mainaky menegaskan dua pasangan didiknya - Chin Eei Hui-Wong Pei Tty dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei - yang bersaing hebat mengisi satu slot beraksi di Sukan Olimpik Julai depan, perlu menentukan nasib mereka sendiri.\r“Saya tidak memihak mana-mana pasangan dan enggan mencetuskan kontroversi. Bagi saya, pasangan mana yang mengutip mata tertinggi, mereka lebih berhak beraksi di London.\r\n\n\n\n\r “Sehubungan itu, saya bersikap adil dengan memberi peluang sama rata kepada kedua-dua pasangan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang sama bagi mengutip mata kelayakan ke Olimpik hingga April ini.\r\r\n\n\n\n\n “Jadi, mereka yang menentukan nasib sendiri,” katanya semalam.\rKedua-dua pasangan itu kini bersaing hebat untuk mewakili negara pada temasya itu dengan Eei Hui-Pei Tty kini menduduki ranking ke-14, manakala Vivian-Khe Wei di tangga ke-19.\rBerdasarkan syarat beraksi di temasya terulung itu, kedua-duanya akan layak secara automatik beraksi di London andai berada dalam kelompok lapan beregu terbaik dunia.\rNamun, jika kedua-duanya hanya menduduki ranking sembilan ke atas sehingga kutipan mata kelayakan berakhir hujung April ini, hanya satu pasangan saja layak mewakili negara.\r\n\n\n\r“Mereka masih mampu mengatasi antara satu sama lain kerana masih ada sekurang-kurangnya enam kejohanan untuk mengutip mata, bermula Terbuka Jerman minggu depan, diikuti Seluruh England dan Terbuka Switzerland,” kata Rexy.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|