CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Desak tuduhan Patek digugurkan

[Copy link]
Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peguam dakwa undang-undang antikeganasan tidak boleh dikuatkuasakan\rJAKARTA: Pasukan peguam militan Indonesia yang menghasilkan bom digunakan dalam pengeboman di kelab malam di Bali pada tahun 2002, semalam berkata, dakwaan terhadap anak guam mereka kabur dan wajar digugurkan.\r\n\n\n\n\rMereka juga berkata, undang-undang antikeganasan tegas Indonesia tidak boleh dilaksanakan pada masa lalu, dan Umar Patek tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat perancangan awal serta tidak bersalah membunuh dengan niat.\r\r\n\n\n\n\nPerbicaraan Patek atau dikenali dengan gelaran Demolition Man, 45, kerana beliau pakar dengan bahan letupan bermula minggu lalu.\rDia adalah antara beberapa militan rangkaian Jemaah Islamiyah dikaitkan dengan al-Qaeda, yang masih dalam pelarian ketika ditahan setahun lalu di Pakistan. \rEjen perisik menemuinya di Abbottabad, bandar sama di barat laut Pakistan yang menyaksikan pembunuhan Osama bin Laden beberapa bulan kemudian.\rPatek berdepan hukuman ditembak mati jika disabitkan bersalah dengan pelbagai dakwaan berkaitan keganasan dan jenayah, kebanyakannya berkaitan dengan pengeboman Bali yang membunuh 202 orang, termasuk 88 rakyat Australia dan tujuh rakyat Amerika Syarikat. \r\n\n\n\rIa adalah serangan terburuk pernah dilancarkan di Asia.\rPatek duduk diam dalam kamar mahkamah di Daerah Jakarta Barat semalam, mendengar peguamnya menolak tuduhan.\rSalah seorang peguam, Ashluddin Hatjani berkata, tuduhan yang dihadapi defendan tidak lengkap, kabur dan tidak tepat. \rDia juga berkata disebabkan undang-undang antikeganasan tidak diluluskan sehingga tahun 2003, ia tidak boleh digunakan untuk kesalahan masa lalu.\r“Ketika Patek mengaku membuat bahan letupan, dia berbuat demikian atas permintaan dalang utama serangan itu, Imam Samudra, yang sudah menjalani  hukuman pada tahun 2008,” kata Hatjani. \r“Patek tidak tahu bagaimana ia akan digunakan,” katanya.\rMinggu lalu, pendakwa berkata, Patek membantu menyelaraskan kod menghidupkan bom selain menyediakan jaket  bunuh diri yang dipakai militan ketika mereka berjalan masuk ke dalam dua kelab malam pada malam kejadian.\rMereka berkata, Patek meninggalkan Bali pada 11 Oktober 2002, sehari sebelum letupan berlaku.\rPendakwa juga menuduh Patek membantu mengajar militan cara menggunakan raifal di kem latihan yang ditemui di Aceh pada awal tahun 2010.\rHatjani bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan tuduhan menyeludup senjata. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.715139 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list