View: 548|Reply: 5
|
Sistem perbankan Islam tidak zalimi pengguna
[Copy link]
|
|
AIBIM nafi dakwaan kadar faedah terlalu tinggi\rKUALA LUMPUR: Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), semalam menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang mengatakan institusi perbankan Islam di negara ini mengaut keuntungan berlebihan dan menzalimi pengguna.\r\n\n\n\n\rPresidennya, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid tidak menolak kemungkinan dakwaan itu timbul berikutan salah faham terhadap konsep produk kewangan Islam yang ditawarkan berbanding sistem kewangan konvensional.\r\r\n\n\n\n\nBeliau berkata, sistem perbankan Islam tidak mengenakan sebarang faedah seperti yang dikenakan sistem perbankan konvensional, sebaliknya dalam perbankan Islam, keuntungan diperkenalkan bagi mengelakkan riba.\r“Perbankan Islam mesti elak riba. Sebagai contoh, dalam kes pembiayaan, sebagai ganti kepada faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan diberikan, perbankan Islam menyediakan pembiayaan berdasarkan kontrak musyarakah atau perkongsian untung dan rugi,” katanya bagi mengulas dakwaan PPIM, Jumaat lalu.\rPada sidang medianya, Jumaat lalu, PPIM mendakwa sistem perbankan Islam yang diguna pakai bank tempatan dilihat gagal melaksanakannya secara betul apabila mengenakan kadar faedah pembayaran balik pinjaman terlalu tinggi.\rSehubungan itu, PPIM meminta kerajaan menubuhkan satu badan khas bagi meneliti, mengkaji dan memperbetulkan sistem perbankan Islam di negara ini yang didakwa ‘menekan’ peminjam terutama dalam membuat pembayaran balik pinjaman.\r\n\n\n\rMohd Redza Shah menjelaskan penentuan kadar keuntungan ada dua pendekatan, iaitu sama ada menggunakan kadar tetap atau kadar berubah-ubah yang mempunyai kadar siling tertentu ditetapkan pada awal kontrak. \rBeliau berkata, ketika ini kadar siling ditetapkan institusi perbankan Islam di negara ini adalah sekitar 10 hingga 12 peratus.\r“Penetapan kadar siling ini bermaksud sekiranya peminjam mempunyai tunggakan hutang atau berlaku ketidaktentuan ekonomi, kadar keuntungan tidak akan meningkat melepasi paras berkenaan berbanding sistem perbankan konvensional,” jelasnya.\rMohd Redza Shah juga menegaskan semua institusi perbankan Islam di negara ini beroperasi berdasarkan nilai syariah dan dikawal selia serta mematuhi piawaian Bank Negara Malaysia.\rBeliau menegaskan ahli jawatankuasa penasihat syariah di institusi perbankan Islam terdiri daripada individu bertauliah yang mana pengalaman dan kepakaran mereka adalah dalam bidang syariah dan fiqh muamalat.\r“Produk perbankan Islam ditawarkan di negara ini berdaya saing dan tadbir urusnya telus serta mengutamakan dokumentasi kontrak yang jelas, sekali gus meningkatkan kestabilan dan integriti sistem perbankan itu sendiri,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang masih cekik pengguna pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 14-9-2012 11:03 PM 
Memang masih cekik pengguna pun.
selagi buleh cekik, cekik la bro. Cekik berdalil tuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 28-9-2012 11:03 PM 
selagi buleh cekik, cekik la bro. Cekik berdalil tuuuu
Tula pasal. Dalil habah dia la.! |
|
|
|
|
|
|
| |
|