CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

'Bukti kepada dunia kita amal kebebasan media'

[Copy link]
Post time 23-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kedudukan Malaysia yang lebih baik dalam Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011/2012 membuktikan kepada dunia bahawa negara ini sememangnya terbuka dalam kebebasan untuk berucap dan menyampaikan pandangan.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata biarpun negara  di kedudukan lebih baik,  kebebasan akhbar perlu diletakkan satu penanda aras supaya pengamalnya sentiasa mematuhi undang-undang negara.\n\n\n\n  “Saya dapati tahap ini amat baik dan kita berada di tahap  lebih baik dari  lalu, namun perlu diletakkan penanda aras. Sampai mana pun (tahap itu), kita tak boleh terigau-igau dengan apa  dianggap sebagai kebebasan yang ada di negara Barat.\n\n\n\n\n\n  “Apa  perlu kita kejar ialah piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung dengan kebebasan untuk menyatakan pandangan dan pendapat,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Malaysia dalam PFI yang meningkat ke tangga 122 tahun lalu, berbanding 141 pada 2010, sekali gus membuktikan kebebasan media di negara ini lebih baik berbanding negara yang dikatakan lebih demokrasi di rantau Asia Tenggara.Mengikut laporan yang disusun dan diterbitkan pertubuhan dunia, Reporters Without Borders (RWB), posisi PFI di negara ini lebih tinggi berbanding Brunei Darussalam yang menduduki tangga ke-125, Singapura (135), Thailand (137), Filipina (140) serta Indonesia (146).Pada masa sama, Rais berkata, dengan adanya media sosial, termasuk kewujudan blog, Malaysia sudah menjelaskan kepada dunia, bahawa negara ini terbuka dan mengamalkan kebebasan untuk berucap dalam menyampaikan pandangan, namun masih berpandukan pada undang-undang.\n\n\n“Bagi yang menghasut misalnya atau  memfitnah, mereka tetap terpaksa menjawab perbuatan mereka di sisi undang-undang mahkamah, ini dinamakan rukun permainan undang-undang dan setiap orang mesti bersedia menerima hakikat berkenaan,” katanya.Mengenai Persidangan Menteri Penerangan ASEAN, Rais berkata, Malaysia menjadi tuan rumah persidangan ke-11 bermula Sabtu depan yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya, Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak pula dijangka menghadiri ‘ASEAN Musical Extravaganza’ yang akan diadakan di Istana Budaya pada 1 Mac, iaitu persembahan gala untuk meraikan Menteri Penerangan ASEAN yang menghadiri persidangan itu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.044967 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list