View: 230|Reply: 0
|
Hukuman Abu Bakar dikekalkan
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Mahkamah Tinggi Indonesia mengekalkan hukuman penjara 15 tahun terhadap ulama negara itu, Abu Bakar Bashir atas dakwaan melakukan tindakan keganasan, mengubah keputusan sebelum ini untuk mengurangkan hukuman sehingga sembilan tahun.\rBashir dianggap sebagai pemimpin kerohanian bagi pejuang Islam di Indonesia, negara yang majoriti penduduk orang Islam penyokong jihad gaya al Qaeda, bagaimanapun ulama berusia 73 tahun itu sering menafikan yang beliau pengganas. \r\n\n\n\n\rJun tahun lalu, mahkamah rendah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara tetapi berikutan rayuan di Mahkamah Tinggi, hukuman itu dikurangkan sehingga sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usia yang lanjut. \r\r\n\n\n\n\nAbu Bakar Bashir dibuktikan bersalah secara rasmi dan beliau melakukan tindakan keganasan, kata mahkamah tinggi dalam penghakimannya yang juga keputusan akhir. \rBashir sudah berada dalam penjara didakwa pengasas dan ketua ideologi kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang bertanggungjawab mengadakan siri serangan termasuk pengeboman Bali 2002 yang meragut nyawa 202 orang yang kebanyakannya pelancong asing. \rPendakwah bersuara lantang tetapi sudah uzur itu menuduh Amerika, sekutunya dan Yahudi berada di mana-mana melakukan keganasan terhadap Islam dan melancarkan perang terhadap mereka adalah tugas setiap umat Islam. \rBashir menolak keputusan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atasnya.\r\n\n\n\rPenyokong fanatiknya mengadakan tunjuk perasaan yang apa dipercayainya sebagai undang-undang yang termaktub dalam negara sekular dan perlembagaan demokratik tidak boleh dikenakan kepadanya. \rIni haram. Saya menolak kerana ia kejam dan mengabaikan undang-undang syariah. Penghakiman ini dibuat rakan syaitan dan haram untuk saya menerimanya, katanya kepada hakim. \rMinggu lalu, Amerika Syarikat secara rasmi melabelkan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT), yang diasaskan Bashir pada 2008, satu organisasi pengganas asing, mengaitkannya dengan beberapa serangan di Indonesia.\rJabatan negeri menuduh kumpulan yang menjadi dalang dalam pengeboman gereja di Jawa September lalu, serangan berdarah polis Indonesia dan rompakan bank bertujuan mengumpul wang bagi senjata dan bahan bom. \rDalam maklum balas, Bashir berkata dalam satu kenyataan: Ia hanyalah satu usaha Amerika Syarikat untuk mempengaruhi hakim di Mahkamah Tinggi untuk terus menahan saya. - AFP \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|