CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

Sungai utama di timur laut India kering

[Copy link]
Post time 2-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GUWAHATI: Sebatang sungai utama di timur laut India yang berasal dari Tibet dilaporkan kering tiba-tiba, mencetuskan spekulasi bahawa China bertanggungjawab terhadap kejadian itu, lapor seorang pegawai tempatan kepada AFP semalam.\rSungai yang menjadi sumber keperluan di wilayah Tibet di barat laut China di mana ia dikenali sebagai Yarlung Tsangpo dan mengalir ke India di kawasan pergunungan dan negeri pedalaman Arunachal Pradesh dikenali sebagai Sungai Siang.\r\n\n\n\n\r   Ia mengalir dari negeri bersebelahan Assam dan menjadi sumber air penting  untuk pertanian tempatan dan akhirnya menjadi Sungai Brahmaputra, satu daripada sungai terbesar Asia.\r\r\n\n\n\n\n   “Ia mengejutkan apabila mengetahui Sungai Siang kering dan batu di dasarnya jelas kelihatan di kawasan berhampiran bandar Pasighat,” kata ahli parlimen tempatan, Tako Dabi kepada AFP melalui telefon yang merujuk kepada sebuah bandar di daerah Siang Timur.\r“Kami mengesyaki keadaan kering Siang secara tiba-tiba adalah disebabkan China sama ada mengubah aliran sungai di sebelah negara itu  atau halangan buatan di bahagian atas,” kata Dabi, seorang penasihat kepada ketua menteri di negeri berkenaan.\rRakaman video dari tempat kejadian menunjukkan Siang, beberapa kilometer lebar di Pasighat, mengalir perlahan menerusi beberapa laluan sempit.\r“Penduduk tempatan bimbang kerana sungai berkenaan adalah sumber kehidupan mereka,” kata Dabi.\r\n\n\n\rAda spekulasi dalam media India mengenai risiko tindakan China mengubah aliran sungai dari Tibet itu dan mengalir masuk ke India atau mengganggu aliran dengan loji hidroelektrik.\rMasalah berkenaan berlaku pada hari menteri luar China, Yang Jeichi mengadakan rundingan di New Delhi  bersama rakan sejawatnya dari India, S M Krishna.\rMereka memutuskan bahawa 2012 akan menjadi ‘Tahun Kerjasama dan Persahabatan India-China” dalam usaha  untuk memulihkan rasa tidak percaya dan syak wasangka yang menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara.\rKedua-dua gergasi Asia itu mempunyai masalah pertikaian sempadan yang tidak dapat diselesaikan menjadi punca kepada pertelagahan berdarah pada 1962.\rChina mendakwa hampir seluruh Arunachal Pradesh adalah kepunyaannya. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.522420 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list