CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Pelukan erat ibu selamatkan bayi

[Copy link]
Post time 4-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Kereta dinaiki tiga sekeluarga terbabas ke dalam sungai selepas dirempuh motosikal\rKANGAR: Tindakan seorang ibu memeluk erat  bayinya yang berusia empat bulan apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini berjaya menyelamatkan nyawa anak kecil itu, semalam.\r\n\n\n\n\r  Salmiah Salim, 27, memeluk erat bayinya, selepas kereta dipandu suaminya, Edisyah Hashim, 27, hilang kawalan sebelum terbabas dan menjunam ke dalam sungai yang terletak  100 meter dari rumah keluarganya, di sini.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya tergamam ketika itu dan cuma memeluk anak saya dengan erat kerana bimbang terlepas,” kata Salmiah yang kelihatan masih trauma dengan kejadian itu.\rSalmiah yang juga staf Jabatan Audit bersama bayinya, Muhammad Firas dan suaminya terselamat dan tidak mengalami kecederaan.\rKejadian berlaku  jam 1.30 tengah hari semalam selepas kereta dipandu Edisyah dari arah Simpang Empat menghala Sungai Padang terbabas sejurus terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal yang dipandu seorang remaja lelaki.\rKetika itu, kereta PERODUA Kancil dipandu Edisyah dikatakan cuba membelok ke kanan untuk memasuki simpang menghala rumah mentuanya, sebelum motosikal terbabit yang dipercayai mengekori rapat terus merempuh bahagian pintu sebelah kanan kenderaan.\r\n\n\n\rKedua-dua kenderaan kemudian hilang kawalan sebelum masing-masing terbabas ke bahagian kanan laluan dan terus terjunam ke dalam sungai di situ.\rEdisyah ketika ditemui berkata, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu.\rPegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rusli Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes terbabit.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 1.283839 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list