View: 288|Reply: 0
|
1,000 wanita Islam terperdaya
[Copy link]
|
|
Askar abaikan pasangan hidup selepas tamat tugas di Selatan Thai\rNARATHIWAT: Permasalahan isu keganasan di Selatan Thailand dirumitkan lagi dengan tindakan askar kerajaan meninggalkan begitu saja 1,000 wanita Islam selepas menjalin hubungan atau berkahwin dengan mereka.\r\n\n\n\n\rPengerusi Jawatankuasa Mengenai Keadilan dan Hak Asasi Manusia berkaitan masalah sempadan di Selatan Thailand, Chaiyong Maneerungsakul, berkata wanita Islam menjadi mangsa sosial berpunca daripada keganasan tempatan apabila menjalin hubungan dengan askar Buddha yang dihantar bertugas di rantau itu.\r\r\n\n\n\n\nAda anggota tentera jatuh cinta dengan wanita berkenaan dan mengahwini mereka tetapi apabila kembali ke rumah mereka atau wilayah lain, wanita Islam terbabit tidak dapat mengatasi masalah kejutan budaya dan pulang semula ke wilayah Selatan.\rOleh sebab itu, tentera yang dihantar ke Selatan turut menjadi punca kepada banyak masalah sosial di wilayah itu, kata Chaiyong yang dipetik akhbar Bangkok Post, semalam.\rPendedahan isu 1,000 wanita Islam itu menyusuli kes rakaman menunjukkan seorang remaja tempatan berusia 16 tahun dicabul askar kerajaan.\rLaporan menyatakan, pada 22 Januari lalu, seorang askar dikenali sebagai Winai sama ada ‘bersetuju untuk bertemu dengan mangsa’ atau ‘menggoda mangsa’ terbabit ke satu tempat terpencil di sebuah hospital dekat pos kawalan tentera.\r\n\n\n\rKejadian rogol atau ‘seks’ berlaku dengan kejadian dirakam seorang lagi askar kerajaan diberi nama Yot.\rMeskipun mangsa tidak melawan, remaja itu jelas cuba menyembunyikan mukanya daripada kamera. Prebet Winai tersenyum dan ketawa manakala Prebet Yot didengar memberi semangat kepada rakannya.\rSelepas itu, Yot menghantar klip berkenaan kepada rakan-rakannya yang mengedarkan rakaman itu sebelum turut diterima rakan mangsa menyebabkan ibu bapa mangsa mengadu kepada pihak berkuasa.\rDalam keganasan terbaru, sebutir bom meletup di sebuah pasar di daerah Tak Bai, membunuh seorang dan mencederakan tujuh yang lain manakala dalam kejadian berasingan di Yala, seorang askar di bawah pengaruh dadah dilaporkan menembak mati seorang rakan tenteranya dan mencederakan tiga yang lain.\rBom meletup di pasar Ban Taba Moo 1 di Tambon Jeh He, berhampiran pangkalan feri. \rBom seberat lima kilogram yang diletupkan dengan alat kawalan jarak jauh itu turut mencederakan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Paosi Awae.\rDi YALA, polis menahan Prebet Bancha Raklaemkae, 22, selepas satu kejadian tembakan awal pagi di Yala Taskforce 14 di Ban La Tor, Tambon Kabang. Bancha didapati berada di bawah pengaruh methamphetamin ketika kejadian. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|