CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

Siasat kes ‘serang’ balai polis

[Copy link]
Post time 8-3-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman arah cari maklumat  insiden  100 penduduk  baling batu\rGEORGETOWN: Bukit Aman mengarahkan Polis Pulau Pinang menyiasat teliti insiden hampir 100 penduduk ‘menyerang’ Balai Polis Teluk Bahang, Ahad lalu, kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anggota balai itu membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit sehingga menyebabkan kecederaan.\r\n\n\n\n\r  Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Salleh Mat Rasid, berkata siasatan membabitkan tiga aspek iaitu insiden membaling topi keledar, merusuh dan kemalangan jalan raya.\r\r\n\n\n\n\n  Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu bertindak sehingga menyebabkan kecederaan kepada orang lain; penduduk menyerang balai polis mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan berkaitan kemalangan.\rTegasnya, tiada sesiapa termasuk orang awam atau anggota polis yang boleh bertindak melangkaui undang-undang dan jika terbukti melakukan kesalahan, tindakan sewajarnya akan diambil.\r“Saya sendiri sudah mengarahkan Polis Pulau Pinang untuk melakukan siasatan lebih terperinci untuk mengetahui perkara sebenar supaya tindakan dapat diambil,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Awam Sungai Ara, di sini, semalam.\rSalleh yang diiringi Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain, meluangkan masa lebih sejam beramah mesra dengan peniaga sebelum bersarapan bersama penduduk di pasar itu.\r\n\n\n\rAhad lalu, hampir 100 penduduk berkumpul di depan Balai Polis Teluk Bahang dan membaling batu ke arah balai itu kerana berang dengan tindakan anggotanya yang didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit.\rDalam kejadian itu, seorang daripada mat rempit yang terkena topi keledar, terjatuh dan mengalami kecederaan.\rBerikutan kejadian itu, anggota polis berpangkat lans koperal dikenakan tindakan tata tertib, termasuk ditukarkan serta-merta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.\rSalleh berkata, setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan ke atas mana-mana pihak yang disyaki terbabit dalam insiden itu.\rBeliau memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas anggotanya yang didakwa membaling topi keledar.\rMengulas lanjut, Salleh berkata siasatan awal mendapati tiada se

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.202761 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list