CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 167|Reply: 0

Peniaga Jepun kunjungi PM

[Copy link]
Post time 8-3-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
KEIDANREN mahu pertingkat hubungan dua hala, perniagaan\rPUTRAJAYA: Sekumpulan ahli perniagaan terkemuka Jepun semalam mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di sini sempena rangka lawatan kumpulan berkenaan ke negara ASEAN bermula 4 Mac lalu.\r\n\n\n\n\rDelegasi diketuai Pengerusi Persekutuan Perniagaan Jepun (KEIDANREN), Yonekura Hiromasa itu tiba di tanah air kelmarin untuk bertemu pemimpin kerajaan dan perniagaan di negara ini dalam usaha meningkatkan hubungan dua hala dan perniagaan kedua-dua negara.\r\r\n\n\n\n\nKEIDANREN adalah organisasi ekonomi komprehensif yang ditubuhkan pada Mei 2002 hasil penggabungan Persekutuan Persatuan Ekonomi Jepun dan Persekutuan Persatuan Majikan Jepun.\rTurut serta dalam delegasi itu adalah Penasihat Eksekutif Kanan JX Holdings Inc, Watari Fumiaki; Iwasa Hiromichi (Pengerusi dan Ketua Eksekutif Mitsui Fudosan); Watanabe Katsuaki (Penasihat Kanan Toyota Motor); Nishida Atsutoshi (Pengerusi Toshiba); Kawamura Takashi (Pengerusi Hitachi); Kojima Yorihiko (Pengerusi Mitsubishi); Kuroyanagi Nobuo (Pengerusi The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ); Katsumata Nobuo (Pengerusi Marubeni).\rOtsuka Mutsutake (Pengerusi East Japan Railway Company); Saito Katsutoshi (Pengerusi The Dai-ichi Life Insuranced); Miyahara Koji (Pengerusi Nippon Yusen Kaisha); Omiya Hideaki (Presiden dan Ketua Eksekutif Mitsubishi Heavy Industries); Kato Susumu (Presiden dan Ketua Eksekutif Sumitomo); Takashi Kyohei (Pengerusi Showa Denko KK); Egashira Toshiaki (Pengerusi Mitsui Sumitomo Insurance ) dan Nakamura Yoshio.\rHadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Seri Idris Jala serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura.  \r\n\n\n\rIdris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), memberi taklimat kepada delegasi itu mengenai Program Transformasi Ekonomi.\rDalam rangka lawatan ke negara anggota ASEAN itu, delegasi KEIDANREN terlebih dulu melawat Vietnam sebelum tiba ke Malaysia kelmarin dan dijadualkan berlepas ke Filipina hari ini.\rDalam pertemuan dengan pemimpin kerajaan dan korporat negara ASEAN itu, delegasi KEIDANREN berkongsi pandangan ke arah mencapai Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP) seperti Kerjasama Trans-Pasifik (TPP) dan Usahasama Ekonomi Komprehensif di Asia Timur (CEPEA).\rDelegasi turut bertukar pandangan dengan pemimpin kerajaan dan ahli korporat ASEAN mengenai pembangunan kawasan utama infrastruktur di sub rantau Mekong dan kawasan kepulauan di ASEAN.\rMengenai kerjasama dua hala pula, delegasi turut meninjau strategi pertumbuhan setiap negara di rantau berkenaan di tengah-tengah peningkatan pengkhususan antarabangsa serantau serta jangkaan komuniti perniagaan Jepun dalam merealisasikan strategi berkenaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.050132 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list