CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8313|Reply: 3

[Edisi Kejuruteraan] Belon Panas atau Hot Ballon

[Copy link]
Post time 17-3-2012 02:01 PM | Show all posts |Read mode

PADA 19 September 1783, seorang saintis dari Perancis, Pilatre De Rozier mengejutkan penduduk bandar Metz apabila dia memperkenalkan belon udara panas pertama di dunia yang digelar Aerostat Reveillon.

Penumpang belon udara panas itu pula terdiri daripada beberapa ekor haiwan seperti kambing biri-biri, itik dan ayam jantan bahkan, belon berkenaan berada kira-kira 15 minit di udara sebelum terhempas ke tanah.

Bagaimanapun, dua tahun kemudian, nasib tidak menyebelahi De Rozier apabila percubaan untuk menyeberang Selat Inggeris gagal, setelah belon ciptaannya meletup setengah jam ketika berada di ruang udara Wimereux, Perancis sehingga menyebabkan dia terkorban.

Punca kemalangan disebabkan oleh reka bentuk ujikaji ciptaan beliau menggunakan belon hidrogen dan belon udara panas yang diikat bersama-sama.

Biarpun peristiwa hitam kematian De Rozier mengejutkan banyak pihak, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat para intelek memikirkan teknologi terbaik yang lebih selamat dan mengekalkan belon udara panas lebih lama di ruang angkasa.

Jika diteliti reka bentuknya, belon udara panas terdiri daripada sebuah belon atau karung beg yang digelar 'envelope' serta berupaya menampung udara panas dalam jangka masa tertentu.

Tergantung di bawah 'envelope' adalah sebuah 'gondola' atau bakul diperbuat daripada rotan berfungsi sebagai pembawa penumpang serta sumber bahan api bagi menggerakkan belon udara panas.

Pada hari ini, kebanyakan 'envelope' diperbuat daripada fabrik jenis nilon, manakala permukaan mulut belon (skirt) berhampiran penunu gas (burner) diperbuat daripada bahan tahan panas seperti Nomex.berat tangki termasuk gas kebiasaannya sekitar 25 hingga 30 kilogram (kg) yang diletakkan bersama penumpang dan juruterbang di dalam bakul rotan.sumber tenaga daripada burner berfungsi seperti enjin kepada belon udara panas malah, terdapat pelbagai burner digunakan, antaranya jenis tunggal, sepasang dan sistem burner segi empat.selain kemahiran mengendalikan belon udara panas, seorang juruterbang itu perlu mempunyai kepakaran melihat keadaan cuaca seperti bentuk awan, kelajuan angin dan sebagainya.Beberapa keadaan yang tidak membenarkan belon udara panas beroperasi iaitu dalam keadaan hujan, kelajuan angin melebihi 15 knot dan cuaca yang sangat panas.ntuk mendaratkan belon ini, ia memerlukan kawasan terbuka tanpa ada sebarang halangan seperti kabel elektrik, telefon atau pokok
sos:Hot Air Balloons Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 02:15 PM | Show all posts
teringin nk naik belon panas...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2012 04:09 PM | Show all posts
teringin nk naik belon panas...
midory Post at 17-3-2012 14:15


takpa bley lihat dlm "mimpi" jerr ngan utube jer..tiket jual hnya jual 300 perserta kena g beli seawal kaunter bukak kalu idak jwpnyer

mendongak kelangit aje .. naek pon tinggi  g dlm ~10metre pas tu turun
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 09:06 AM | Show all posts
teringin la nk naok....tp gayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.045840 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list