Apakah haiwan juga bermimpi ketika tidur?. Jawabannya adalah "ya, mereka juga bermimpi". Pernahkah anda yang memiliki haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing lalu memperhatikan haiwan peliharaan anda tersebut melalukan gerakan mencakar, menendang atau berlari saat tengah tertidur. Itulah bukti bahawa mereka pun mengalami mimpi seperti manusia.
Hal ini ditekankan kembali oleh seorang pakar psikologi dari University of British Columbia Stanley Coren yang menulis buku The Intelligence of Dogs. Ia berpendapat bahawa anjing melewati fasa tidur yang sama dengan kita, namun lebih cepat.
Setelah sekitar 20 minit, anjing memasuki fasa gerakan mata cepat - Rapid Eye Movement (REM). Uniknya anjing besar bermimpi lebih lama sedangkan anjing kecil bermimpi lebih cepat dan kerap kali. Namun Coren tidak dapat menjelaskan keadaannya.
Namun demikian ternyata haiwan seperti serangga dan ikan tidak mengalami REM namun beberapa burung dan semua mamalia mengalaminya. Menurut kajian sains, reptilia kemungkinan juga mengalami.
Manfaat bermimpi tetap menjadi misteri, namun semua spesies bayi haiwan lebih sering mengalaminya. Pada saat menjadi dewasa, teori yang paling masuk akal adalah mimpi menstimulasi kawasan otak yang mengatur memori. Burung kembali mengingat melodi yang mereka nyanyikan dalam mimpi dan tikus makmal mengingat kembali jalur labirin yang mereka lalui.
Anda boleh percaya atau tidak, namun hal tersebut sudah dibuktikan oleh sains. Jadi sebaiknya mulai sekarang anda tidak lagi mengganggu binatang peliharaan anda yang tengah asik tertidur dan bermimpi bukan?
Sumber: popsci.com; Petikan: spektrumdunia blog
Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:23 AM
|