|
Edited by Elle_mujigae at 20-2-2017 11:38 PM
Untukmu Sayang ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
![](http://i.imgur.com/2IWA4IK.png)
Nur Ain Musdad
[email protected]
Alor Gajah: Seorang suami yang mahu menggembirakan isterinya sanggup berhabis sehingga RM5,000 bagi membeli 400 novel terkemuka dunia.
Kapten (B) Khairulnizam Kamis, 44, berkata, semua novel itu dibeli daripada pemilik asal yang juga warga tempatan yang menjualnya secara atas talian.
Katanya, dia mengambil masa sebulan bagi mengumpul semua 400 koleksi novel yang sebelum ini menjadi idaman isterinya, Nurhafisah Harun, 36.
“Isteri peminat tegar novel dan kerap membeli bahan bacaan itu untuk menghabiskan masa lapang. Namun atas sebab kewangan, isteri terpaksa melupakan hasrat mengumpul novel hasil tulisan penulis diminatinya.
“Novel dikategorikan sebagai terpakai dijual pada separuh harga selain ditentukan mengikut ketebalan muka surat dan populariti dalam kalangan peminat,” katanya ketika ditemui di Masjid Tanah di sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 7:33 AM
http://www.hmetro.com.my/node/207315
Romantiknya lahai husband beliau....![](static/image/smiley/onion/childlike.gif)
siapa ada beli Harian Metro hari ini, boleh share artikel penuh..hehe..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|