CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6807|Reply: 15

kejam nya rezim syiah assad kat syria

[Copy link]
Post time 21-6-2012 11:16 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]ita.

[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%]

[size=85%]
Laporan asal Infocus Atlantic

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2012 07:49 AM | Show all posts
entah la..aper yg aku taw bagi puak2 syiah halal bagi membunuh ahli2 sunnah,pengamal sunni mcm aku cm korang yg mengamal mazab shafie..tgok kt iran je la..kita sokong sbb diorg seIslam..tpi puak syiah kt sne sesuker ati bunuh puak2 sunnah,so lgi mau sokong iran ker

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 10:15 AM | Show all posts
ciannye.. budak kecik pon jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 11:49 AM | Show all posts
perkasa diam aje ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 11:53 AM | Show all posts
Kat malaysia pun sekarang nih dah ada syiah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 12:09 PM | Show all posts
Betul ke syiah boleh bunuh orng sunnah....takde ke org syiah kat sini bagi penerangan sikit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2012 02:56 PM | Show all posts
Masyarakat islam lebih banyak mengambil pendekatan tunggu dan lihat sedangkan puak2 yang lain dah mula mengorak langkah.  Harap mereka2 itu dapat kembali ke meja rundingan sebelum ia merebak menjadi lebih besar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2012 02:22 PM | Show all posts
Ramai lagi rakyat malaysia yang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kat Syria..Nah korang baca ni..perang yang berlaku kat sana skrg bukan sekadar peperangan saudara, tetapi peperangan sebenar bagi Umat Islam. Sy pun tak tahu sblm ni, tapi semakin banyak membaca, tengok video barulah saya tahu beza antara syiah dan sunni. Bukan sekadar perbezaan kecil, tapi jurang tu sangat luas. Barulah saya tahu kejahatan Rejim Syiah Alawi Syria ni. Kat sini saya kongsikan artikel tentang apa sebenarnya yang terjadi kat sana. Inshaallah harap2 dapat membuka mata kita sebagai umat Islam.

Sumber: http://hafizamri.com/apa-yang-berlaku-sebenarnya-di-syria/

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.

Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.

Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4-9000 tahanan ditahan.

5-413 orang telah syahid di dalam penjara.

6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.

Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.

8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..

84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..

Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA


Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”

-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.

Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka.

tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID….

4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.

TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.

Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid.

Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2012 06:05 PM | Show all posts
wahhh!! pemberontak camni pun ada laptop!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2012 03:15 AM | Show all posts
mrjinggozzz posted on 22-6-2012 07:49 AM
entah la..aper yg aku taw bagi puak2 syiah halal bagi membunuh ahli2 sunnah,pengamal sunni mcm aku c ...

Iran tu berlakon je depan semer penduduk dunia...Iran ada agenda tersendiri sebenarnya. Kalau tidak...dah lama dah US tu serang awal2 lagi macam Iraq. Syiah jugak yang membantu memerangi tentera islam ketika perang salib dulu. Iran berhasrat nak kongker n jadi kuasa terbesar di mid east. berebut pulak dgn US/israel....pakat2 berbahagi sesama depa je sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2012 10:08 AM | Show all posts
Al-Assad clan ni syiah ke? Yang aku tahu depa ni Parti Baath, sama macam arwah Saddam Hussein. Dan Arwahnya supress syiah kat Iraq.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2012 10:33 PM | Show all posts
kambeng_masam posted on 26-8-2012 03:15 AM
Iran tu berlakon je depan semer penduduk dunia...Iran ada agenda tersendiri sebenarnya. Kalau tida ...


mangsa terbaru penyembelihan oleh syiah syria. seramai 383 orang muslim Syria gugur syahid di Syria pada hari Sabtu, 29/12/2012.


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 12:56 PM | Show all posts
tempur posted on 22-6-2012 12:09 PM
Betul ke syiah boleh bunuh orng sunnah....takde ke org syiah kat sini bagi penerangan sikit...

bukak la utube, dlm tu ade yg bagi penerangan bahawa halal bagi mereka darah sunni

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 12:57 PM | Show all posts
alphawolf posted on 27-8-2012 10:08 AM
Al-Assad clan ni syiah ke? Yang aku tahu depa ni Parti Baath, sama macam arwah Saddam Hussein. Dan A ...

saddam sunnah, sbb tu puak kurdis dia buat perhapusan puak besar besaran

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2012 01:11 PM | Show all posts
tobby posted on 30-12-2012 10:33 PM
mangsa terbaru penyembelihan oleh syiah syria. seramai 383 orang muslim Syria gugur syahid di Sy ...

pembunuh ni bukan dari kalangan islam w/pun agama dia islam
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2013 10:29 AM | Show all posts
huhu kesian kalau kena pada yang tak berdaya

kanak2 esp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199282 Replies : 4669
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2929 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 10290 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.081399 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list