CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4466|Reply: 6

Whistleblower Kelas Dunia:Wikileak

[Copy link]
Post time 1-7-2012 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bluezink at 2-7-2012 01:51





Ingat julian assange ingat wikileak


AHLI politik veteran dan penganalisis, Newt Gingrinch, menganggap lelaki kurus kelahiran Australia itu sebagai ‘pengganas maklumat’.Personaliti radio dan kolumnis, Jeffrey T Kuhner, juga melihat susuk yang sama sebagai pengganas dan mencadangkan AS supaya menangani lelaki itu sama seperti mereka menguruskan musuh lain di seluruh dunia. Bekas pegawai kanan Presiden Richard Nixon, G Gordon Liddy, menyarankan supaya nama lelaki itu – Julian Assange – dimasukkan ke senarai ‘pengganas yang mesti dibunuh’ tanpa perlu dibicarakan.

Bagaimanapun, bukan seluruh dunia memusuhi Assange.Di mata aktivis kemanusiaan, kumpulan antiperang dan sesetengah media, Assange adalah seorang wira, malah menobatkannya sebagai Tokoh 2010. Sekumpulan bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bersatu di bawah kumpulan Sam Adams Associates menganugerahkan Assange dengan penghargaan tertinggi mereka.

Tidak cukup dengan itu, majalah Rolling Stone edisi Itali menghargainya sebagai Bintang Rock 2010. Siapakah Assange? Secara umum, tidak banyak dapat diketahui mengenai lelaki kelahiran Townsville, Queensland di Australia itu.

Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini semakin banyak maklumat mengenainya disebarkan.Assange dilahirkan pada 39 tahun lalu dan ibunya, Christine, berkahwin dengan pemilik wayang bergerak, Brett Assange.Bagi Brett, dia menganggap anak tirinya itu sebagai budak yang sangat cerdas dan peka terhadap persoalan benar dan salah. “Dia selalu membela golongan tertindas dan tidak suka mana-mana pihak yang menzalimi pihak lain,” katanya. Pada 1979, Christine berkahwin dengan seorang pemuzik dan mereka memperoleh seorang anak. Apabila Christine bercerai sekali lagi pada 1982, berlaku perebutan hak penjagaan bagi Assange dan adik tirinya. Christine kemudian membawa kedua-dua anaknya itu bersembunyi selama lima tahun dan mereka hidup berpindah-randah bagi mengelak dikesan bekas suaminya.

Disebabkan hidup seperti nomad itu, kadang-kadang Assange terpaksa belajar di rumah saja. Kegiatan menggodam komputer mula diceburinya ketika berusia 16 tahun. Menurut sumber, ketika itu Assange menggunakan nama samaran Mendax dan bekerjasama dengan dua kenalannya untuk membentuk kumpulan dikenali sebagai International Subversives. Sebagai panduan, Assange menetapkan kod etika mereka, iaitu sama sekali tidak merosakkan sistem komputer yang diceroboh. Mereka juga berikrar tidak mengubah sedikit pun maklumat yang diperoleh – kecuali untuk menutup jejak daripada dikesan pihak berkenaan. Maklumat diperoleh itu pula mesti dikongsi.

Apabila mendapat tahu mengenai pencerobohan dilakukan kumpulan berkenaan, polis Australia menyerbu rumah Assange di Melbourne pada 1991, tetapi itu berlaku empat tahun selepas dia mula menggodam kali pertama. Assange didakwa menceroboh komputer milik sebuah universiti di negara itu, selain syarikat telekomunikasi Kanada, Nortel. Tidak terkecuali, sejumlah pertubuhan domestik dan asing. Setahun kemudian, Assange mengaku salah terhadap 24 pertuduhan dikenakan ke atasnya, tetapi pihak berkuasa sekadar mendendanya sebanyak A$2,100 (kira-kira RM6,500).

Pihak pendakwa berpendapat, tiada bukti menunjukkan Assange membahayakan pihak lain ekoran aktivitinya.

“Ia dilakukan sekadar untuk berseronok dan merasai kegembiraan melayari Internet melalui pelbagai komputer,” katanya.

Pada 1993, Assange terbabit memulakan satu daripada penyedia perkhidmatan Internet awam di Australia, Suburbia Public Access Network sebelum bertugas sebagai pengatur program dan pemaju perisian percuma. Di bidang akademik, Assange dilaporkan pernah memasuki enam universiti dan dari 2003 hingga 2006, dia mempelajari fizik dan matematik di Universiti Melbourne.Assange juga pernah mendalami ilmu falsafah dan neurosains.

Apa yang menarik, Assange tidak pernah menamatkan pengajian secara formal tetapi di laman sesawangnya, dia mendakwa pernah mewakili universiti dalam Pertandingan Fizik Kebangsan Australia pada 2005. Di kalangan kenalan dan rakan sekerjanya, Assange dianggap sebagai individu yang sangat pintar, terutama dengan kemampuannya memecahkan kod komputer.

Menurut seorang daripada mereka, disebabkan pelbagai risiko dan kemungkinan yang dihadapi akibat pendedahan WikiLeaks, Assange sering berpindah randah. Wartawan majalah New Yorker, Raffi Khatchadourian, pernah menghabiskan masa beberapa minggu mengikuti Assange. Kata Khatchadourian, Assange juga rela mengorbankan masa tidurnya semata-mata untuk menyiapkan tugasan. “Assange mencipta persekitaran begitu dan orang lain sentiasa memastikan dia selesa dan membantunya meneruskan tugas,” katanya. Barangkali, kata Khatchadourian, keadaan itu tercetus hasil kewibawaan dimiliki Assange.

Satu ketika dulu, Assange pernah menjadi pembantu ahli akademik, Suelette Dreyfus, menjalankan kajian mengenai aktiviti pengintipan maya. Bersama Suelette, Assange menghasilkan buku – Underground – dan menjadi bahan bacaan terlaris di kalangan pengguna komputer.Pada pandangan Suelette, Assange adalah seorang penyelidik yang sangat mahir dan ‘agak berminat terhadap konsep etika dan keadilan. “Bagi Assange, dia mempunyai pandangan tersendiri terhadap sesuatu keputusan kerajaan. “Misalnya, apa yang perlu dilakukan atau dielakkan oleh sesebuah kerajaan,” katanya.

Awal tahun ini, Assange pernah menjawab pertanyaan media mengenai aktiviti WikiLeaks.Katanya, untuk memastikan semua sumber yang diperoleh selamat, mereka terpaksa menyelerakkan aset yang ada, selain menukar maklumat itu menjadi kod rahsia.“Komunikasi dan penggerak WikiLeaks sentiasa berpindah-randah di seluruh dunia untuk memanfaatkan undang-undang perlindungan di sesuatu tempat,” katanya. Hasil taktik itu, WikiLeaks memang terselamat.


Setakat ini, kata Assange, mereka tidak pernah gagal mendapatkan perlindungan melalui undang-undang. Sumber yang disimpan juga, katanya, masih selamat. “Cuma kami tidak boleh menjangkakan keadaan ini akan berterusan sehingga bila-bila,” katanya.Pengasas bersama WikiLeaks, Daniel Schmitt, berkata Assange adalah segelintir kecil tokoh yang sangat berminat mereformasi dunia.“Dia sanggup mendedahkan diri kepada risiko bahaya atau kesilapan semata-mata untuk memastikan keyakinannya tercapai,” katanya.

intinya laksana wikipedia...sesiapa aja boleh upload berita ato pengetahuan umum...yang hebat di sini, bahwa sesiapa yang upload ka dan dimana lokasinya ka,..gak bakal ketahuan...alias menjaga privisi peng upload.....so dengan kata lain tempat yang paling sesuai untok membebelkan/gosip rahasia/secrect/berita-berita kontroversial  yang paling tepat ya...hanya di wikileak
Julian Assange pendiri wikileakmemang ingin menjaga data setiap pengguna dnegan benar....boleh di adaikan atau  bayangkan google perolehi data pribadi siapa aja...begitu juga blackberry


Biodata Pengasas Wikileaks Julian Assange
Lahir : 3 July 1971
Tempat Lahir : Townsville. Queensland, Australia
Pekerjaan : Australian journalist
Mula Menggodam : 16tahun







Travia Julian Assange:
Akhir 1980an : Menyertai kumpulan penggodam di kenali sebagai
"subversif-subversif antarabangsa" dengan nama pena "Mendax"
Ibu bapanya mengendalikan syarikat teater bergerak
1991 : Menjadi buruan Polis Australia sehingga rumahnya di
Melbourne diserbu. Dia boleh mengakses komputer milik universiti di Australia,
syarikat telekomunikasi Kanada Nortel dan pertubuhan-pertubuhan lain
1992 :mengaku bersalah atas 24 tuduhan menggodam dan
di bebaskan dengan ikat jamin berkelakuan baik dan denda sebanyak AU$2100
Tidak penah berkahwin tetapi mempunyai seorang anak lelaki
hasil hubungannya dengan teman wanitanya pada 1989
1997: menulis buku bertajuk Underground: Tales of Hacking,
Madness and Obsession on the Electronic Frontier

2009: menang anugerah Sam Adams daripada Persekutuan Sam Adams
bagi Integriti dalam perisikan

September 2010: Julian Assange diundi sebagai orang nombor 23
di kalangan "50 Tokoh Berpengaruh di Dunia 2010"
oleh majalah British, New Statesman.
Dalam majalah Utne Reader terbitan November / Disember
menamakan Assange sabagai salah seorang "25
Tokoh Berwawasan Yang Merubah Dunia"

12 November mendahului undian dalam majalah Time
sebagai "Tokoh Tahun 2010"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2012 08:34 AM | Show all posts
ensem....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 01:40 AM | Show all posts
Penentang wikileaks = ade rahsia besar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 11:28 PM | Show all posts
Takutlah tu yang tentang2 wikileaks tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:30 AM | Show all posts
BLUEZINK IS WIKIBOCOR
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 12:28 PM | Show all posts
BLUEZINK IS WIKIBOCOR
chechelahbedah Post at 6-7-2012 10:30





pi  carik buku ni cepattt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2012 09:16 AM | Show all posts
tak de jual kat Badan book store.. abih doh boh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088639 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list