CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 7

Najib akan beri Duit Raya 1Malaysia (DR1M) di Johor?

 Close [Copy link]
Post time 4-8-2012 11:24 AM | Show all posts |Read mode





SMS yang tersebar mendakwa Duit Raya 1Malaysia berjumlah RM200 bagi setiap keluarga akan diagihkan oleh ADUN Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian dan BN Gelang Patah ketika kehadiranNajib di Johor.

Setiap wang tunai DR1M didakwa dalam SMS berkenaan boleh dituntut daripada Abd Aziz bermula jam 2.30 hingga 7 petang di masjid berkenaan dengan hanya menunjukkan SMS terbabit.

Tapi... tak betullah SMS tu kata ADUN Nusajaya..

JOHOR BAHRU - Seluruh masyarakat di kawasan Nusajaya diminta tidak mempercayai khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa wakil rakyat kawasan akan memberi Duit Raya 1Malaysia (DR1M) sempena kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak ke Taman Universiti, 6 Ogos ini.

SMS terbabit mendakwa DR1M berjumlah RM200 bagi setiap keluarga akan diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nusajaya, Datuk Abd Aziz Sapian dan Barisan Nasional (BN) Gelang Patah ketika kehadiran Perdana Menteri ke Masjid Jamek Taman Universiti untuk majlis tadarus dan khatam al-Quran.

Setiap wang tunai DR1M didakwa dalam SMS berkenaan boleh dituntut daripada Abd Aziz bermula jam 2.30 hingga 7 petang di masjid berkenaan dengan hanya menunjukkan SMS terbabit.

Abd Aziz menyifatkan penyebaran SMS terbabit adalah daripada pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memburukkan kewibawaan Perdana Menteri ketika ke Taman Universiti untuk majlis berkenaan.

“Saya percaya individu ini kurang selesa dengan Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan BN yang banyak mencetuskan idea transformasi serta bantuan berasaskan 1Malaysia. Oleh sebab Perdana Menteri mahu hadir ke kawasan Nusajaya, pihak ini sengaja membuat fitnah kononnya DR1M akan diagihkan sedangkan hal ini tidak benar.

“Saya sendiri ada menghubungi pihak yang menghantar SMS ini, namun dia enggan menjawab panggilan. Saya fikir tindakan ini adalah satu usaha mensabotaj BN Gelang Patah, wakil rakyat dan Umno ketika Perdana Menteri datang,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, semalam - Sinar Harian
Tapi.. betulkah apa yang tersebar melalui SMS tu tak betul?? maklumlah.. dah kali kita dengar bahawa untuk meramaikan orang dalam majlis Najib berbagai imbuhan terpaksa di sediakan buat yang hadir..

Selain imbuhan kerahan juga terpaksa dilakukan untuk meramaikan orang dalam majlis Najib termasuk budak-budak Sekolah yang tak berminat langsung nak dengar apa ucapan Najib..

Contohnya lihat di ( SINI ) kerana riuh rendah angkara budak-budak Sekolah itu, ramai yang keluar Stadium tanpa mempedulikan Najib yang sedang berucap di depan tu...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2012 04:50 PM | Show all posts
oii, salah bod la, nk berpolitik pegi bod sana ---------------------> politik






btw, lambat la DR1M ni, kalo tak, dpt jgak masuk dlm lirik lagu merdeka tahun ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 04:50 PM | Show all posts
ape kaitan ngan kereta n motor?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 06:34 PM | Show all posts
neotoxin posted on 4-8-2012 04:50 PM
ape kaitan ngan kereta n motor?

nak pergi masjid tu blh naik kereta & motor.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2012 07:24 PM | Show all posts
mod xpantau ka bod ni....isu politik dah terkoner kot lain   
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 05:33 PM | Show all posts
memang dream je la nak dpt DR1M ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2012 06:40 PM | Show all posts
Ada kaitan ngan motor Honda Dream ker?  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2012 07:20 PM | Show all posts
Ingatkan masuk CI tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.715786 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list