CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1830|Reply: 15

[Jenayah] Detik cemas ibu muda & bayi dilarikan bersama kereta!

[Copy link]
Post time 20-8-2012 08:17 AM | Show all posts |Read mode
20/08/2012 1:55am

KEPALA BATAS – Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.


Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.


"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan minyak,” katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.


Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila beliau mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta mengugut untuk membunuh beliau dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.


"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian” katanya di sini semalam.


Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata, anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.


Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan. – BERNAMA


p/s sib baik bukan Nurul Izzah, the giant killer tuh...........


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2012 08:23 AM | Show all posts
tak sempat?pantas dan tangkas nyer perampok tersebut...

Malaysia Tak Aman....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 08:26 AM | Show all posts
untung mamat tu, cik izzah kasi kereta free..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 09:40 AM | Show all posts
kalo aku jd dia aku pn bt bnda yg sama kot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 09:57 AM | Show all posts
kalau kawin tak mampu beli gps tracker beharga rm100 lebih, baik tak payah pakai kete la..

jadikn pemasangan gps tracker satu kewajipan pada kete anda..

kalu somi dia psg, senang2 dia terus pi balai, smbil bawa maps, tunjuk lokasi ketenya kat mana kt abg2 polis..

sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 10:49 AM | Show all posts
Bukan kawasan kompleks dato' kailan ni crowded ke?dgn traffic lightnya, dgn kete parking tepi jalan lagi,  xkan x dpt kejar kot kete tu?



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2012 01:13 PM | Show all posts
X perlu risau lah
Malaysia negara selamat, ini adalah kes terpencil
(aku sindir isapmudin) Last edited by solstice on 20-8-2012 01:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 01:53 PM | Show all posts
nurul izjah giant killerrr...takuk nyaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2012 02:03 PM | Show all posts
batmana posted on 20-8-2012 09:57 AM
kalau kawin tak mampu beli gps tracker beharga rm100 lebih, baik tak payah pakai kete la..

jadikn ...

Owh....iya ke batmana?....
Selalunya mcm tu lah kan....beli kereta berpuloh ribu mampu, nak beli GPS RM100 pun sayang.....
Sama gak dengan orang yang beli rumah beratus-ratus ribu....tapi bila sidai kain, sidai kat pagar.....


p/s:   keta ai tak yah pasang GPS semua tu....tinggal mcm tu je tak berkunci pun tak de sapa nak ambik.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 02:16 PM | Show all posts
Aku x prcaya pncuri tu terus meluru masuk bila mamat tu kuar
Mesti ada selang masa seminit dua pintu dibiar x brkunci dgn enjin dihidupkan

x tau lah kann
Sepatutnya bila nk kuar camni, tunggu bini tu lock dulu baru pi kedai
Dah banyak kes brlaku, tp x reti2
Its about nyawa & keselamatan
Rega keta pon ya jugak

Penyamun ni hanya amik masa beberapa saat jah utk rampas keta x kunci yg enjinnya hidup
Dah berbuih porumer dlm ni dok membebel
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 02:19 PM | Show all posts
batmana posted on 20-8-2012 09:57 AM
kalau kawin tak mampu beli gps tracker beharga rm100 lebih, baik tak payah pakai kete la..

jadikn ...

sila bagi penerangan ringkas kat mana nak beli gps
berapa bajet & jenama apa yg bagus
utk rakan2 dlm ni yg x reti tp malu nk tanya

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Caner rupe Gps tracker tuh? Kene psg seketoi jgk nih. Mekasih d atas peringatan
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 02:54 PM | Show all posts
solstice posted on 20-8-2012 02:16 PM
Aku x prcaya pncuri tu terus meluru masuk bila mamat tu kuar
Mesti ada selang masa seminit dua pint ...

betul juga tu....kalo meluru masuk slps somi dia kuar....
si somi x kan x pasan ada org cuba masuk....
mesti 2-3 minit slps tu baru nk lock....bila si somi pun dh mula jauh.....

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 03:50 PM | Show all posts
pekebende gps tu....... kat mana nak beli ...camana nak pasang...

i bertanya ikhlas tatau ni... jgn marahh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 04:35 PM | Show all posts
Kecuaian pihak suami juga mungkin. Kalau dia bawak sekali wife and anak dia maybe tak jadi mcm ni. Takpun parkir di tempat2 yg ramai manusia ke. banyak cara boleh di elak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2012 04:56 PM | Show all posts
sam_survivor posted on 20-8-2012 04:35 PM
Kecuaian pihak suami juga mungkin. Kalau dia bawak sekali wife and anak dia maybe tak jadi mcm ni. T ...

Ini mesti umman yg double parking sbb enggan jln jauh ke kedai. Rasain loh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.075832 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list