CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 11

[Jenayah] Modus operandi peragut berubah: Guna Kereta untk meragut!

[Copy link]
Post time 21-8-2012 08:31 AM | Show all posts |Read mode


21 Ogos 2012                    

        ALOR GAJAH - “Kenapa ni? Kenapa ni? Itulah ayat yang pada mulanya disangka mangsa mahu membantunya selepas dirempuh kereta, sebaliknya hanya alasan si penyamun untuk bertindak kejam dengan meragutnya.


        Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang sehari sebelum Aidilfitri itu, mangsa, Siti Zabedah Saad, 41, yang menunggang motosikal jenis Modenas dirempuh sebuah kereta Perodua MyVi bewarna hijau dari arah belakang.


        Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dan tidak sedar diekori kereta terbabit.
        "Saya baru selesai membeli juadah untuk berbuka puasa dan melalui jalan kampung untuk pulang ke rumah.


        "Tiba-tiba sewaktu mahu masuk ke simpang jalan menuju ke rumah di sebuah taman di Rembia, saya dirempuh dari belakang menyebabkan saya hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan, sebelum terseret hampir 50 meter," katanya, semalam.


        Zabedah berkata, dua lelaki terbabit segera keluar dari kereta dan mendekatinya.
        "Kedua-duanya berkulit gelap.


        Mereka yang kelihatan panik berpura-pura  bertanyakan keadaan saya.
       
        "Sambil bertanya, mereka ragut rantai leher saya tetapi tidak sedar buah rantai tersebut tercampak jauh," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Cheng.


        Menyedari dua lelaki terbabit bukan mahu membantunya, dia cuba bangun melawan penyamun terbabit.


        "Ketika itu mereka masih lagi mencari-cari barangan untuk dicuri tetapi gagal. Walau sakit, saya kuatkan semangat mengejar mereka yang segera memecut kereta, tetapi malangnya motosikal saya rosak selepas dirempuh,"katanya.


        Zabedah berkata, dia bernasib baik kerana dompet yang dibawa berisi empat bentuk cincin, seutas rantai tangan dan wang RM200 terselindung di sebalik motosikal yang terjatuh.


        "Kebetulan ketika itu, sebuah kereta peronda polis melalui jalan berkenaan dan membantu membawa saya ke Hospital Alor Gajah mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan," katanya yang cedera di kaki dan tangan sebelah kiri.


        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Permai, Rembia sebelum dilanggar dan diragut dua lelaki menaiki kereta.


        “Mangsa tercampak dan terseret selepas dilanggar dua lelaki terbabit yang kemudiannya berpura-pura bertanya keadaannya sebelum meragut rantai leher yang dipakai, dianggarkan bernilai RM2,500.


        “Mangsa cedera dan membuat laporan polis di Balai Polis Rembia sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2012 09:06 AM | Show all posts
dah terdesak sangat ke idup kt kt negara ni,
samapaikan almost week in week out ade kes ragut ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 09:38 AM | Show all posts
Kes terpencil, kata menteri...  bukan aku kate..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 10:17 AM | Show all posts
celaka punye peragut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 12:55 PM | Show all posts
kulit hitam?? ermmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 03:11 PM | Show all posts
geng mamak ke nie??
klu dulu mula2 pakai basikal ragut..
bila dah dapat habuan upgrade pakai motor..
la nie upgrade lagi pakai kete..
klu upgrade sekali lagi mampus.... direct diorang pakai tank..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2012 08:27 PM | Show all posts
Sekarang ni, wanita naik motor pun tak selamat!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 08:39 PM | Show all posts
hmm harap culprit celaker tu dpt balasan setimpal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2012 08:49 PM | Show all posts
macam2...agak2 kena sediakan podok polis setiap 100 m....maybe cara ni selamat sket kot...xde la kes ragut
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 09:14 PM | Show all posts
byk sangat jenayah di melaka baru2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 09:19 PM | Show all posts
nasib baik tak kene rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2012 10:49 PM | Show all posts
Negara masih selamat.. mangsa tak mati pun........
bak kata anak seorang bangsawan yg kaya lagi elitist yg menjawat jawatan menteri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059881 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list