CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

Kareena Kapoor: Saya Sudah Berkahwin!

[Copy link]
Post time 24-9-2012 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Kareena Kapoor: Saya Sudah Berkahwin!



MUMBAI, 24 SEPT 2012: Pengakuan    aktres Kareena Kapoor benar-benar memeranjatkan pihak media. Katanya dia sudah pun berkahwin dengan aktir Saif Ali Khan. Persoalannya bila? Sebabnya, majlis perkahwinannya bakal diadakan tidak lama lagi. Adakah selama ini mereka telah berkahwin senyap-senyap?

Apabila ditanyakan lebih lanjut tentang persoalan ini, Kareena Kapoor sekali lagi menegaskan, bahawa dia sudah pun berkahwin dengan Saif Ali Khan.

"Bukankah sudah 5 tahun saya dan Saif tinggal bersama? Kami beli rumah sama-sama dan menghias rumah ini bersama-sama. Malah, sudah beberapa kali saya berjumpa dengan keluarganya. Semua orang pun tahu mengenai hal ini.

"Ertinya saya sudah pun berkahwin dengannya. Cuma kami perlu mengesahkan di atas kertas sahaja, dan kami akan melakukanya tidak lama lagi. Menjadi Mrs Saif Ali Khan bukanlah sesuatu yang baru buat saya," katanya.

Kareena Kapoor juga memberitahu bahawa dia langsung tidak punya masalah dengan anak-anak Saif bersama isterinya yang dulu iaitu Ibrahim dan Sarah.

"Saya sayangkan mereka dan saya juga memperolehi kasih sayang yang sama daripada mereka. Mereka juga sangat menghormati saya. Kedua-dua mereka sedang membesar dan Sarah nampak begitu cantik," katanya lagi.


Kredit : Murai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049537 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list