CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: thessailly

Fakta rawak Sejarah, Mitos & Lagenda

[Copy link]
Post time 30-10-2012 04:21 PM | Show all posts
Flying ace Perang Dunia KEdua

Erich Hartmann (Jerman) - 352
Ilmari Juutulainen (Finland) - 94
Hiroyoshi Nishizawa (Jepun) - 87
Ivan Kozhedub (USSR) - 62
Ricahard Ira Bong (US) - 40
James Edgar Johnson (UK) - 38
Adriano Visconti (Itali) - 26
Pierre Henri Clostermann (Perancis) - 23
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2012 04:27 PM | Show all posts
Top ace Perang Korea
Zhao Baotong / Wang Hai (China) - 9
Yevgeny Pepelyaev (USSR) - 22.5
Joseph C. McConnell (US) - 16

Top Ace Perang Vietnam
Nguyen Van Coc - 9
Charles B. DeBellevue* - 6
Randall Cunningham/William P. Driscoll*/Steve Ritchie/Jeff Feinstein* - 5
* bukan juruterbang tetapi pegawai radar dalam pesawat F-4, yang turut diberi kredit
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 04:56 PM | Show all posts
- Dwight D Eisenhower dikurniakan pangkat General Of The Army (5 bintang). Ikut peraturan tentera Amerika, GOTA tak pencen sebaliknya berkhidmat sehingga mati. Disebabkan beliau bertanding (dan kemudiannya memenangi) pilihanraya Presiden, beliau perlu meletak jawatan dan bila tempoh perkhidmatan sebagai Presiden tamat pada 1961, Kongres melantik semula beliau sebagai GOTA sehingga meninggal dunia pada 1969.

George C. Scott menang anugerah Oscar pelakon lelaki terbaik bagi filem Patton. Dia enggan menerima anugerah tersebut kerana tidak menyukai pertandingan dalam bidang lakonan

Manfred Rommel, anak Erwin Rommel bersahabat baik dengan Major General George S. Patton IV, anak kepada General George S. Patton dan juga David Montgomery, anak Bernard Montogomery...atau dengan kata lain anak2 kepada jeneral2 yang berhadapan bapanya dulu  

Siapa tulis kat atas tu, hukuman mati bagi pengkhianat di Empayar Rom ialah dicampak ke laut (atau sungai) dalam guni yang berisi anjing, ayam jantan ular dan monyet...tujuannya bukan sahaja dia mati lemas tapi dalam masa yang sama terseksa akibat cakaran dan gigitan haiwan2 tersebut yang panik nak menyelamatkan diri....

Stalin antara 1937 hingga 1939 membuat 'pembersihan' ke atas tentera Soviet. 3 Marshal, 13-15 jeneral 3-/4-bintang, 8 laksamana, 50 komander kor, 154 komander dvisyen, 16 komisioner tentera dan 25 komisioner korps telah dibuang. Sebahagian dibunuh manakala yang lainnya dibersarakan secara paksa atas tuduhan cuba menentang Stalin. Tindakan Stalin memberi kelegaan kepada Hitler kerana ramai jeneral yang berkaliber telah dibuang/dibunuh dan memudahkan Jerman melancarkan Operasi Barbarossa pada 1941. Bila Soviet Union diserang kira2 30% pegawai yang dibuang dipanggil semula bertugas....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:14 AM | Show all posts
ni sumber dari nenek aku

nama SEGAMAT (johor) dapat dari peristiwa bila sorg anak raja/pengembara telah stop kat sebatang sungai (di segamat skrg) dan membasuh muka, lalu berkata 'wahh SEGARR AMAT'

dari situ la tempat tu dpt nama Segamat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:38 AM | Show all posts
mala0n posted on 31-10-2012 11:14 AM
ni sumber dari nenek aku

nama SEGAMAT (johor) dapat dari peristiwa bila sorg anak raja/pengembara ...


penah terbace....bendahara kn...btol ker,,tp mmg unik
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:40 AM | Show all posts
Dulu pong dah leh cipta bende hebat camni….fuyooo
Kehebatan teknologi Jerman yang mana mereka telah mempelopori pelbagai bidang teknologi semasa Perang Dunia Kedua termasuklah penyelidikan berkenaan Bom Atom, Jet pejuang terpantas, jet pejuang tidak terkesan radar, senjata api yang praktikal dan banyak lagi.

1.        Karl Great
Dicipta oleh Rheinmetall. Dengan menggunakan peluru mortar seberat 2 tan, ia mampu memusnahkan sebuah bangunan dengan sekali tembakan. Ia dicipta pada 1941 hingga 1945 dengan 7 buah kesemuanya. Namun, setelah perang dunia berakhir, senjata bersaiz mega inihanya tinggal sebuah sahaja dan ia dipamerkan di muzium perang di Rusia.

2.       Schwerer Gustav dan Dora
Schwerer Gustav and Dora adalah nama bagi senjata rahsia Jerman bersaiz mega yang menggunakan jalan kereta api untuk memudahkan ia untuk digerakkan. Sepertimana Kart Great, Schwerer Gustav and Dora menggunakan peluru seberat 7 tan dan mampu mencapai lonjakan sejauh37 km.! Senjata mega milik Nazi Jerman ini mampu memusnahkan mana-mana benteng pertahanan dan ia digunakan sepenuhnya semasa Operasi Barbarossa di Rusia. Ia juga pernah digunakan sebagai mesin pemusnah ketika Battle of France. Senjata yang dicipta oleh Kumpulan Krupps pada 1930 ini akhirnya jatuh ke tangan pihak Amerika Syarikat setelah Jerman kalah perang pada 1945. Namun, akibat beratnya yang mencapat 1350 tan itu, pihak Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan senjata mega ini kerana bimbang sekiranya senjata ini jatuh ke tangan Red Army(tenteraRusia Komunis). Schwerer Gustavand Dora tidak meninggalkan sebarang petanda wujudnya ia melainkan gambar-gambar dan petikan filem serta video perang dunia kedua.

3.       Wind Cannon
Sebuah lagi senjata pelik yang dicipta semasa era Nazi. Miskipun tiada kesan hebat yang diberikan semasa tentera Jerman menggunakan meriam angin ini, namun kajian saintifik berkaitan Wind Cannon cukup mengagumkan. Dalam satu eksperimen, papan yang mempunyai ketebalan 25mm patah apabila ditembakkan menggunakan Wind Cannon sejauh 200meter. Ia dicipta untuk memusnahkan jet pejuang musuh yang memasuki ruang udara Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia pernah ditempatkan di jambatan yang merentasi Elbe namun tiada keputusan yang memberangsangkan pernah dicatatkan.

4.       V3: Hochdruckpumpe
Sebelum V3, saintis Jerman telah terlebih dahulu mencipta senjata rahsia mereka iaitu V1 dan V2. Namun, V3 tidaklah seperti V1 dan V2 yang merupakan sebuah roket pemusnah akan tetapi, V3 adalah meriam bersaiz mega yang mampu memusnahkan apa sahaja yang berada dalamtargetnya. V3 yang mempunyai saiz sepanjang 140 meter ini mampu memberi lonjakan kepada peluru yang seberat 140 kg sejauh 165 km.! Pembinaan V3 bermula pada tahun 1943di Mimoyecques, Perancis di sebuah bunker. Namun ia telah dimusnahkan oleh bomyang dijatuhkan oleh pakatan berikat selepas rahsia berkenaan pembinaannya tersebar melalui agen risikan mereka. Walaubagaimanapun, V3 bersaiz sederhana (45meter) telah dibina di Antwerp, Belgium dan Luxembourg dan berjaya digunakan bagi membantu sistem serangan Jerman pada tahun 1944.

5.       Silent Dart
Sebuah lukisan pensil ditemui padaJulai 1945 di Reich Chancellery, Berlin semasa Jerman telah pun tumbang pada kuasa Berikat semasa Perang Dunia Kedua. Lukisan itu memaparkan sebuah jetpejuang yang dilengkapi dengan bom yang berbentuk dart. Bom itu dipercaya imempunyai berat yang boleh mencapai 1000kg. Kelajuan pesawat itu juga dikatakan mampu membinasakan targetnya dengan kelajuan yang mampu mencapai 700mph.!

6.         Schallkanone
Senjata pelik ini dikenali Schallkanone. Senjata ini mampu menghasilkan gema bunyi yang mencapai beribu decibel yang mampu membuatkan gegendang telinga tentera musuh pecah.

7.        Henschel HS293
Sebuah lagi senjata rahsia Jerman Nazi iaitu Henschel HS293. Henschel HS293 adalah sebuah roket pemusnah kawalan radio udara ke darat. Ia dicipta oleh seorang saintis Jerman berbangsa Austria yang bernama Herbert A. Wagner. Wagner adalah salah seorang saintis yang pertama dibawa ke Amerika Syarikat setelah Perang Dunia Kedua berakhir semasa Paperclip Operation. Projek pembinaannya mula dijalankan sekitar tahun 1939 lagi. Roket ini dipasang secara berpasangan dengan sebuah jet pejuang Lutwaffe dan apabila ia mula terbang menghampiri targetnya, ia mula dilepaskan dan dikawal menggunakan kawalan radio persis seperti roket pemusnahpada masa kini. HS293 pernah memusnahkan beberapa buah kapal perang milik kuasa Berikat seperti HMT Rohna yang mengorbankan kira-kira 1000 orang tentera marinnya. Antara kapal-kapal perang lain yang turut musnah dibom menggunakan roket pintar ini adalah HMHS Newfoundland, HMS Jervis, USS Prevail dan banyak lagi.

8.         Radar
Itubaru beberapa senjata yang berjaya didedahkan oleh para pengkaji Perang Dunia Kedua. Dipercayai bahawa Hitler dan para saintisnya masih bergiat untuk melakukan kajian yang lebih besar sekitar tahun 1944 sehingga 1945. Malah,sejarah sering mengatakan bahawa radar mula dicipta oleh saintis daripada GreatBritain. Akan tetapi, hakikatnya tidaklah sebergitu. Sebenarnya, radar(yang ketika itu tidak dikenali sebagai radar) telah pun ditemui dan dipelopori penemuannya oleh seorang saintis berbakat daripada Jerman, Christian Huelsmeyer pada 1905- Lama sebelum Robert Watson-Watt, seorang warga Scotland menciptanya pada 1935.

9.         Stealth Bomber
Ramai mempercayai bahawa Hitler telah berjaya mencipta pesawat futuristik namun ia belum mencapai kepada proses pembinaan prototaip. Ketika perang dunia berakhir,pihak berikat banyak memungut hasil perang yang bebentuk ‘blue print’ yang manaia adalah proposal akhir kepada pembinaan senjata dan pesawat tentera. Antara yang dijumpai adalah blue print bagi pesawat ala stealth bomber.Seperti Stealth Bomber yang dicipta oleh Amerika Syarikat hanya pada dekad 90-an, pesawat yang ‘mungkin’ dicipta Nazi ini juga mempunyai sistem pengebom dan anti-radar yang cukup mengagumkan.

Last edited by inaniloquent on 31-10-2012 11:48 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-10-2012 12:06 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 31-10-2012 11:38 AM
penah terbace....bendahara kn...btol ker,,tp mmg unik

haa kan? mcm tu la lebih kurang.

nenek aku mmg org segamat...asyik citer mcm niii aje bila org tanya hehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:20 PM | Show all posts
mala0n posted on 31-10-2012 12:06 PM
haa kan? mcm tu la lebih kurang.

nenek aku mmg org segamat...asyik citer mcm niii aje bila org  ...


bukan takat segamat...johor mmg byk nama tempat yg unik2 tp btol ker??


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2012 12:43 PM | Show all posts
mala0n posted on 31-10-2012 11:14 AM
ni sumber dari nenek aku

nama SEGAMAT (johor) dapat dari peristiwa bila sorg anak raja/pengembara ...

Haha...aku pun dengar macam tu.....cuma yang segar udaranya, bukan air.....

Kat majalah Variasari dulu kata Mersing berasal dari nam Amar Singh, sorang banduan yang melarikan diri ke kawasan tu....

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 12:46 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 31-10-2012 12:20 PM
bukan takat segamat...johor mmg byk nama tempat yg unik2 tp btol ker??

Muar = muara
batu pahat = perigi batu yang dipahat di kawasan kuala sungai....yang memahat tu samada siam atau portugis
pontian = perhentian

yang lain tu tak pasti la asal nama tu macam bakar batu.....

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 02:25 PM | Show all posts
alphawolf posted on 31-10-2012 12:46 PM
Muar = muara
batu pahat = perigi batu yang dipahat di kawasan kuala sungai....yang memahat tu sam ...

Lubuk Batu kat area segamat tu nenek aku cakap sbb tpt tu banyak batu

hihihi logik org dulu2 gitu lah

singapura punya citer lagi lawak

ada cina dgn india berborak, tiba2 cina ni nampak singa

cina : aiyo ada singa
india : mana ada!
cina : singaa
india : pooorah!
cina : singaa
india : poorah!!!

hihihi tu la nenek aku citer kat aku dulu, zaman aku umur 4-5 tahun. confirm saja buat lawak kat cucu dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 03:46 PM | Show all posts
inaniloquent, trust the Germans to build cool weapons! Nasi tambah lagi....
1.        Karl Gerat - mortar berat berkaliber 540mm atau 600mm. Mmg tinggal satu aje di Muzium Kubinka, Russia - mortar yang diberi nama 'Ziu' (Zeus) (tapi diberi nama 'Adam' oleh pihak muzium - 'Adam' yang sebanar dah kena musnahkan)

2.       Schwerer Gustav dan Dora - meriam berkaliber terbesar di dunia (800mm). Pembetulan sket, Schwere Gustav diguna hanya SEKALI aje iaitu ketika pengepungan bandar Sevastopol. Gustav menembak 48 butir peluru sahaj bagi memusnahkan kubu sekitar Sevastopol. Dora pula hampir digunakan ketika serangan ke atas Stalingrad tetapi diundurkan apabila tentera Rusia hampir mengepung bandaraya tersebut. Apa yang tinggal sekarang cumalah dua butir peluru - satu di England (saya dah tengok!) dan satu lagi di Poland.

4.       V3: Hochdruckpumpe - arwah Saddam Hussein ada nak buat meriam yang hampir sama diberi nama Project Babylon

7.        Henschel HS293 - Jerman adalah pelopor senjata berpandu dan selain Hs293, Jerman juga mengoperasikan bom berpandu Fritz X. Battleship Roma menjadi mangsa pertama serangan bom berpandu dalam dunia pada 9 September 1943. Dua Fritz X mengenai Roma menyebabkan magazin pelurunya meletup dan meneggelamkan kapal bersama 1,200 nak kapal. Fritz X turut merosakkan battleship Littorio Itali, battleship HMS Warspite, kruiser ringan USS Savannah dan HMS Uganda


8.         Radar
Christian Huelsmeyer pada 1905 buat demonstrasi pengesanan kapal menggunakan gelombang radio bagi mengelak pelanggaran - konsep asas radar. Robert Watson-Watt, lebih kepada pencipta radar moden. Apa2 hal Jerman dan Britain pelopor penggunaan radar ketika perang. Britain guna sistem Chain Home manakala Jerman gunakan sistem Freya dan Wurzburg. Tu tak campur sistem radar pesawat seperti H2S British yang diguna untuk navigasi dan Jerman pula dengan radar Naxos yang boleh kesan gelombang radar H2S dan seterusnya jadi panduan nak pintas pesawat pengebom British

9.         Stealth Bomber - stealth fighter sebenarnya. Jerman ada membina pesawat Horten /Gotha Go 229 yang berkonsep 'flying wing'. Konsep flying wing dipelopori dua (tiga sebenarnya) orang, Jack Northrop di US dan Horten bersaudara di Jerman. Rekabentuk flying wing meminimakan gelombang balik radar menjadikan pesawat sukar dikesan. Horten pula mengatakan dia menambah serbuk arang dalam gam kayu (pesawat Go 229 dibuat guna kayu!) yang mengurangkan lagi profail radar pesawat. 3 prototaip pesawat dibina dan diterbangkan dengan jayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 07:46 PM | Show all posts
alphawolf posted on 31-10-2012 03:46 PM
inaniloquent, trust the Germans to build cool weapons! Nasi tambah lagi....
1.        Karl Gerat -  ...


tq alphawolf....good explanation...detail
Last edited by inaniloquent on 31-10-2012 09:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 07:48 PM | Show all posts
Pelik tp benar….hik…hik…hik…

7 PERANG PALING ANEH DALAM SEJARAH

1- The Anglo-Zanzibar War:  perang paling singkat dalam sejarah, hanya 40 minit

-Perang aneh antara British melawan Zanzibar pada 27 Ogos 1896, hanya berlangsung selama 40 minit.
-Ini merupakan perang terpendek dalam catatan sejarah.
-Penyebab perang ini adalah kematian pro-British, Sultan Hamad bin Thuwaini melawan penggantinya, Sultan Khalid bin Barghash.

2- The Pig War: terjadi kerana menembak seekor babi

-Pig War @ Perang Babi adalah perang yang terjadi gara-gara tertembaknya seekor babi.
-Ia adalah konfrontasi pada tahun 1859 di antara pihak berkuasa Amerika dan British ke atas sempadan antara Amerika Syarikat dan Amerika Utara British.
-Kawasan tertentu yang dipertikaikan adalah San Juan Islands, yang terletak di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.
-juga dipanggil Episod Babi, Perang Babi dan Kentang, Sengketa Sempadan San Juan atau Sengketa Sempadan Northwestern.

3- 335 Years War: berlangsung selama 335 tahun tanpa ada terkorban

-Perang ini luar biasa lamanya iaitu 335 tahun (1651-1986), antara Belanda (Netherlands) menentang Kepulauan Scilly (perairan barat daya United Kingdom).
-Namun peristiwa aneh ini tercatat sebagai perang terlama dalam catatan sejarah.
-Setelah ratusan tahun, walaupun perang ini tidak menentu, akhirnya perdamaian ditandatangani pada tahun 1986.

4- Moldovan-Transdniestrian War: dimana pegawai-pegawai kedua belah pihak akan minum bersama-sama pada waktu malam dan berperang pada siang hari

-Setelah Soviet Union runtuh, dua pertiga dari Moldova mahu berhubung erat dengan Romania dan negara-negara jiran barat, tetapi bahagian timur sungai Dniestrmahu tinggal berdekatan dengan Ukraine dan Russia.
-Perang pun meletus, dan timur berpecah untuk membentuk Transdniestria, yang masih tidak diiktiraf oleh dunia.
-Apabila Moldova dan Transdniestria mula berjuang, ia adalah satu peperangan yang pelik.
-Tentera tempatan memanggilnya Drunken War (Perang Mabuk), dimana pegawai-pegawai tentera bertemu setiap malam untuk minum bersama-sama.
-Mereka pergi pada waktu pagi dan melepaskan tembakan di antara satu sama lain. Pada waktu malam, mereka berkumpul sekali lagi untuk minum dengan orang-orang yang mereka telah bertemu pada malam sebelumnya dan yang mereka telah bunuh.

5- Emu War: bagaimana Australia kalah perang menentang burung Emu

-EmuWar @ Perang Emu, juga dikenali sebagai The Great Emu War, satu operasi ketenteraan selama seminggu yang dijalankan di Australia pada bulan November1932 untuk menangani kebimbangan orang ramai ke atas beberapa ekor emu yang dikatakan akan mengamuk di daerah Campion, barat Australia.
-Perang yang dijalankan di bawah pimpinan Major Meredith dari Royal AustralianArtillery (Artileri Diraja Australia), memberi arahan kepada satu pasukan askarbersenjata dengan dua senapang mesin Lewis dan 10,000 pusingan peluru. Tetapi menembak secara membuta tuli pada kumpulan burung yang boleh berlari sehingga 50 km/j (30 mph) tidak membawa hasil yang dijangkakan.
-Sepanjang seminggu atau lebih, hanya segelintir daripada 20,000 burung dianggarkan sebenarnya dibunuh. Major Meredith - komander Australia dalam 'Emu war' -hairan dan membandingkan emu dengan Zulu.
-Selepas beberapa hari, Menteri Pertahanan mengarahkan pembubaran. Dan dengan itu 'EmuWar' berakhir dengan kekalahan ketenteraan Australia.

6 - The Football War: bermula dengan sebuah permainan bola sepak

-Perang antara El Savador melawan Honduras tahun 1969 ini disebut Football War @ Perang Bola sepak (La guerra del fútbol - dalam bahasa Sepanyol), kerana berlangsungnya bertepatan dengan berlangsungnya babak kedua kelayakan Piala Dunia FIFA (FIFA World Cup) 14 Julai 1969, zonAmerika Utara.
-Perang ini berlangsung 100 jam atau perang lima hari.
-Pemicu konflik ini adalah masalah imigrasi dari El Salvador ke Honduras.
-Puncaknya,El Salvador melancarkan serangan ke atas Honduras. Lalu, organisasi AS membuat rundingan gencatan senjata yang berkuat-kuasa pada 20 Julai. El Salvador akhirnya turut serta Piala Dunia tahun 1970, di mana mereka gagal untuk maju dari Peringkat Kumpulan.

7- War of 1812: disebabkan oleh kerosakan komunikasi telegraf

-Juga dikenali sebagai Mr Madison's War @ Perang Mr Madison, dimana perang tahun 1812 itu adalah dalam banyak cara peperangan yang paling aneh dan pelik dalam sejarah Amerika Syarikat.
-Ia boleh dinamakan Perang Komunikasi Rosak. Dua hari sebelum perang diisytiharkan, kerajaan British menyatakan bahawa ia akan memansuhkan undang-undang yang menjadi penyebab utama pertelingkahan itu. Kalaulah ada komunikasi telegraf dengan Eropah, perang mungkin dapat dielakkan.

Last edited by inaniloquent on 31-10-2012 07:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 09:39 PM | Show all posts
Macam2…senjata pelik...Didalam peperangan, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memenangi peperangan tersebut tidak kira apa cara sekali pun

Bom Haiwan
-Semasa perang dunia ke-2 Amerika Syarikat menghasilkan bom haiwan dengan menggunakan kelawar kerana haiwan tersebut mudah dijumpai dan kecil.
- Berlainan pula dengan British pada ketika itu cuba menghasilkan bom dengan menggunakan bangkai tikus dengan meletakkan bom didalamnya.
-Soviet Union, pula kemudiannya menghasilkan Anjing Anti-kereta kebal yang dilatih untuk meletupkan kereta kebal.
-Mastermind disebalik pembuatan bom tersebut datang dari seorang doktor gigi Lytle S. Adams dan Idea tersebut diterima oleh Presiden Roosevelt pada 1942 untuk dijadikan senjata.

Sword Breaker
-Sejenis senjata yang digunakan pada Zaman pertengahan, senjata yang menyerupai pedang tetapi mempunyai potongan yang berbeza.
-Sering digunakan dalam perlawanan jarak dekat yang mampu membunuh pihak musuh apabila terkana tikaman dan sedikit pusingan Yang menyakitkan sekiranya terkena.

Penangkap Manusia ( The ManCatcher )
-Senjata ini digunakan untuk menumbang pihak musuh yang berada diatas kuda dengan meletakkan senjata tersebut dileher mereka dan menjerutnya. Alat ini juga sering digunakan untuk menyeksa tahanan perang .
- sering digunkan pada zaman kegelepan dan masih digunakan sehingga abad ke-18.

Senjata Api Berkaki Tiga
-Senjata ini kelihatan seperti Mesingan.
-Ia dicipta sebagai senjata kapal Laut yang digunakan untuk menyerang pihak lawan dengan 63 tembakan dalam 7 minit.
-Apa yang membuatnya ia menjadi pelik adalah terdapat dua bentuk pengisian peluru iaitu peluru bulat dan peluru petak. Dikatakan peluru petak lebih menyakit sekiranya terkena pihak musuh.
-Senjata ini dicipta oleh seorang peguam dan penulis iaitu James Puckle pada 1718.

Perisai Lantern ( Lantern Shield )
-Perisai yang dihasilkan pada zaman Renaissance , sebenarnya alat ini mempunyai dua kebolehan iaitu boleh digunakan sebagai pertahanan dan serang.
-Dibina dengan bentuk perisai serta ditambah dengan pedang yang tajam dan sering digunakan sebagai alat pertahanan yang digunakan oleh kesastria pada ketika itu.
- wujud pada abad ke-16 di itali.

Kapal Habakkuk
-Semasa perang dunia ke-2 , logam merupakan komoditi yang bernilai pada masaitu.
- Pihak bersekutu kehilangan banyak kapal akibat peperangan, jadi kerajaan british bercadang untuk membina sebuah Pykrete @ Kapal ( Gabungan Ais dan Pulpa kayu ).
-Selepas menjalankan penyelidikan, mereka membuat keputusan untuk membinanya dengan panjang berukuran 2000 kaki panjang dan 40 kaki untuk rangka badan kapal yang berkemampuan membawa 150 buah kapal terbang. Pykrete itu sendiri diperbuat dengan 14% pulpa kayu dan 86 % air dimana ia mudah dibaiki sekiranya berlaku kerosakan .
-Pykrete ini dibina oleh Geoffrey Pyke semasa beliau bekerja di bahagian Ibu Pejabat Operasi Gabungan.

Bom Gay
-Dikenali sebagai halitosis bom atau bom gay yang secara teorinya kan melepaskan gas pheromones perempuan yang kuat.
- Bom ini akan membuat pihak musuh mempunyai sifat tarikan kaum sejenis yang menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian dan mudah untuk diserang.
-Bom Gay ini tidak pernah dibina tetapi ideanya dikembangkan oleh United States Air Force pada tahun 1994. Kertas cadangan mengenai Bom Gay ini ditemui olehSunshine Project melalui permohonan hak kebebasan maklumat.

Acoustic Radar
-berfungsi untuk mengesan lebih awal bunyi enjin kapal terbang musuh pd tahun 1916-1930 yg digunakan oleh tentera US, Britain dan Jerman.

Last edited by inaniloquent on 31-10-2012 09:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2012 11:34 PM | Show all posts
mala0n posted on 31-10-2012 11:14 AM
ni sumber dari nenek aku

nama SEGAMAT (johor) dapat dari peristiwa bila sorg anak raja/pengembara ...

dlam buku ghulam m ji khan, sebutannya - 'Segar Nya Rahmat"....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 09:44 AM | Show all posts
Trivia mengenai James Bond 007

1. Nama 'James Bond' diinspirasi dari nama seorang ornithologis (pengkaji burung) di West Indies yang menulis buku The Birds Of West Indies yang menjadi rujukan pengkaji burung lainnya.

2. Geoffrey Boothroyd, seorang pakar senjata yang juga peminat James Bond menulis surat kepada Ian Fleming mengkritik senjata Bond dalam lima novel pertama (Beretta 418) sebagai 'senjata perempuan' dan mencadangkan supaya Bond dilengkapi dengan pistol Walther PPK. Fleming menerima cadangan tersebut, dan dari novel Dr. No seterusnya Bond menggunakan pistol tersebut. Boothroyd turut memberi cadangan senjata bagi musuh2 Bond. Bagi menghargai kritikan dan cadangan beliau, Ian Fleming mencipta watak Major Boothroyd (Q).   

3. Kereta Aston MArtin DB5 warna perak kelabu yang digunakan dalam filem Goldfinger menjadi antara props filem paling mahal dalam sejarah apabila dilelong dengan harga US$2.09 juta pada 2006. Identiti pembeli tidak diketahui.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.078340 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list