CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1386|Reply: 0

Confuse dengan perangai Ex-Bf yang dah kawen

 Close [Copy link]
Post time 23-11-2012 03:13 AM | Show all posts |Read mode
Aku kompius sekarang. Dulu, ex-bf aku tinggalkan aku dengan alasan dia tak rasa dia boleh bersama aku untuk masa hadapan. Mungkin dia nak cakap dia tak serasi dengan aku.

Kejadian dia tinggalkan aku ni dah jadi lebih kurang 5 tahun lepas. Aku amik masa agak lama untuk pulih semula sebab aku bodoh konon-kononnya susah nak lupa dan konon-konon setia tak pernah ada bf lain selama ni.

Lepas 2 tahun dia tinggalkan aku, aku kumpul kekuatan sampai aku betul2 dah tak ingat dia, kenangan dengan dia semua aku dah dapat atasi. Memang aku selalu mohon pada tuhan supaya aku diberi kekuatan. Syukur alhamdulillah, aku berjaya.

Sepanjang tempoh 5 tahun aku dah tak dengan dia, aku masih sendirian dengan alasan, mungkin takde sapa pun yang mahu aku yang banyak kekurangan..

Sepanjang 5 tahun ni jugak, ex-bf aku kawin lebihkurang 2 tahun lepas. Yes, salah satu sebab aku dapat lupakan dia adalah sebab dia dah nak kawin dan mulai saat tu aku percaya dia bukan jodoh aku dan itu membuatkan aku kuat untuk lupakan dia.

Tapi sekarang, dia macam dah mula carik aku balik. Dia macam lebih banyak nak becerita dengan aku pasal hidup dia. Macam dia tak pedulikan sangat bini dia je. Macam dia mula rindukan aku balik? Tah la aku pun dah kompius kenapa dia mula carik aku balik.

Ye memang aku balas sms2 dia kalau dia hantar tu, tapi dalam cara yang tak melampau2 dan beringat la sebab aku tahu dia dah kawen dan aku tak nak kecikkan hati bini dia kalau bini dia terbaca msg aku.

SMS2 yang dia hantar takde la melampau macam rindu ke apa ke tapi lebih kepada macam orang selesa nak cerita pasal life dia.. Macam bila ada prob, nak share dengan aku.

Tapi sekarang aku kompius adakah aku patut layan/balas sms2 dia, jawab call dia, terima ajakan dia untuk keluar??

Aku jenis tak suka nak ganggu rumahtangga orang lain.. Tapi aku balas sms dia sebab aku dah anggap dia kawan aku.

Aku kompius, certain lelaki dah kawen memang macam ni ke? Sebab aku harap, kalau aku dah kawen, janganlah suami aku perangai macam ni.. Kalau ada masalah, share la dengan isteri dulu sebelum orang lain.. Mesti kecik hari isteri kalau dia tau laki dia utamakan nak cerita kat orang lain.

Atau adakah aku patut jangan layan dia langggsunggg?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.115177 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list