CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2609|Reply: 1

Enjin Petronas diguna bagi kereta PROTON

[Copy link]
Post time 16-12-2012 01:50 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd sudah mengambil alih kesemua teknologi dan pengetahuan enjin yang dibangunkan oleh Petronas sejak 1997 melalui cabang pengkomersilisasian teknologinya, Petronas Technology Ventures Sdn Bhd, pada harga RM63 juta.

Pengerusi PROTON, Datuk Seri Khamil Jamil berkata, pengeluar kereta negara itu akan memiliki enjin 2.0L yang menggunakan kuasa turbo yang lebih berkuasa tetapi cekap bahan api serta versi berkuasa turbo 2.2L bagi melengkapi enjin Campro sedia ada.

" Proton dan Petronas mengambil daya usaha penerokaan teknologi enjin pada 1996. Jadi, kini tiba masanya untuk mengambil alih dari Petronas, selepas syarikat itu memutuskan untuk menarik diri sepenuhnya dari aktiviti pembangunan enjin pada 2010."


" Proton Holdings, melalui Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd, mengambil alih tujuh teknologi enjin yang mempunyai 117 paten teknologi dari Petronas," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Pengambilalihan Aset dan Teknologi itu di sini hari ini.

Pertukaran dokumen itu disaksikan oleh Penasihat Petronas dan PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khamil berkata, PROTON menjangka pengeluaran besar-besaran enjin baharu itu akan bermula pada suku ketiga tahun depan, dengan memberi keutamaan kepada kereta Proton.
"Kami sudah melaksanakan pengujian dengan Proton Exora dan Preve. Kereta Proton akan diberi keutamaan," katanya.

Katanya, PROTON akan bersedia menjalin usaha sama dengan mana-mana syarikat kereta atau pengeluar peralatan asli (OEM) selepas ia mencatatkan kejayaan sebagai pengeluar enjin.

Kereta "sport" di bawah jenama Proton, Lotus, juga sedang dipertimbangkan untuk dipasang enjin baharu itu yang menggunakan teknologi dan kepakaran Petronas.

" Proton kini mempunyai enjin Campro, yang akan kami terus tambah baik."

"Melalui perjanjian ini, kami telah mempunyai enjin jenis baharu yang mesra alam sekitar sambil menyediakan penyelesaian mudah," kata Khamil, sambil menyatakan bahawa pelanggan Proton akan mempunyai pilihan yang lebih baik pada masa depan.

Khamil berkata, PROTON akan menepati kesemua komitmen atau persetujuan yang dilaksanakan oleh Petronas sebelum pengambilalihan itu.

Petronas, melalui Petronas Technology Ventures, sebelum ini telah menjalin perjanjian dengan syarikat berpangkalan di China, bagi memulakan pengeluaran besar-besaran enjin pada suku ketiga 2013.

Sementara itu, bersama-sama dengan teknologi itu, PROTON juga telah mengambil alih satu kemudahan dan peralatan teknologi dari Petronas di Bangi.

"Dua warga kerja Petronas Menyertai kami. Perbincangan sedang diadakan dengan Petronas bagi mendapatkan baki 60 orang warga kerja berkenaan," katanya. - BERNAMA

Perkembangan yang menarik nih....
Last edited by Armoury on 16-12-2012 01:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 01:38 PM | Show all posts
hmmmmm
x der nasi tmbah pown nie
ok ok aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.049601 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list