PROLOG
Jemariku melekappada perut Baiduri yang memboyot. Bibirnya yang kemerah-merahan mengoyaksenyuman manis. Saat ini, aku sedang bahagia. Menunggu kelahiran cahaya mataini lahir ke dunia. Hanya beberapa tika saja lagi.
“Abang….” Gemersiksuara itu menerobos gegendang telingaku.
“Ya, sayang.”
Dia melepaskan tawakecil sebelum menggeleng. Suka benar memanggilku.
Asyik sekali Baidurimenengadah langit yang bertemankan bintang dan bulan. Sepasang mata bundar itubersinar-sinar dalam kegelapan malam. Rambut panjang mengurai itu dibiarkanlepas bebas. Indah sekali pada pandanganku. Wanita yang tegar dan kuat bagiku.
“Abang, kenapa abangpilih sayang sebagai isteri abang?” ajunya lembut.
“Sebab sayang jodohabang.”
“Abang….”
“Ya, sayang,”balasku sambil mengorak senyuman.
Wanita itumenggeleng lagi sebelum ketawa. Dia menyandarkan tubuhnya pada bahuku.Jemarinya diletakkan di atas jemariku. Dingin saja jemari itu. Kemudian diamengelus lembut lenganku. Khusyuk benar dengan perbuatannya yang satu itu.
Ini isteri yang akucinta. Satu-satunya perempuan yang berjaya menggetarkan hati ini.
Moga cinta iniberkekalan hingga ke akhir usia.
“Dah dua tahun KakHuda meninggal,” ujar dia tiba-tiba.
Lidahku kelu. Akumenghela nafas lemah.
“Ya, sayang. Dah duatahun dia tak ada.”
“Sayang takkanpernah maafkan lelaki yang tolak Kak Huda jatuh tangga!” Keras saja suara itumenampar gegendang telingaku.
Lambat-lambat akumenggeleng. Bibirku diketap.
Seandainya DuhaBaiduri mengetahui bahawa aku yang menyebabkan kakaknya terjatuh tanggasehingga meninggal dunia. Tapi aku juga tidak mahu semua itu berlaku! Akubukannya sengaja menolak Huda jatuh tangga.
Andai aku mampuputarkan masa pasti aku tidak akan bergaduh dengan Huda di tangga syarikat. Akutakkan memarahinya mahupun menengkingnya. Ini takdir yang harus aku terima. HarizahHuda sudah meninggalkan dunia ini. Dan hingga kini, Duha Baiduri tidak pernahtahu kenyataan itu. Hanya dia! Ibu dan ayahnya sudah tahu. Malahadik-beradiknya juga tahu.
Dia hanya mengetahuiinsan yang menolak kakaknya merupakan seorang lelaki dan lelaki itu ialah QaidIsyraq, suaminya sendiri.
Pasti Duha Baiduriakan membenci seorang Qaid Isyraq.
“Tak boleh ke sayangmaafkan lelaki tu?” soalku payah.
“Tak! Sayang takkanpernah maafkan dia selagi hayat dikandung badan!”
|